Friday, May 27, 2011

duhai lelaki~

Dalam kehidupan sekarang,ramai yang sudah menyedari tentang kewajipan berdakwah dan ramai yang sudah menyedari tentang cinta sebenar. Dulu heboh diperkatakan, diperdebatkan tentang haramnya bercouple sehingga mencetus pertikaman lidah antara rakan. Hakikatnya, manusia itu sendiri tidak kira lelaki atau wanita, sudah semakin menyedari tentang hakikat cinta dan bagaimana manisnya cinta jika ia dirasakan dengan cara yang halal.


Kini timbul pula kisah ‘pancing memancing’. Lelaki seakan-akan bangga, malah sangat bangga menceritakan bagaimana kehebatan mereka ‘memancing’ wanita kemudian lepas. Mungkin mereka nampak hebat apabila mampu buat begitu. Artikel kali ini saya tuju buat semua tapi khas buat kaum adam. Saya tuju untuk lelaki yang biasa-biasa, malah lebih khas lagi saya tuju kepada lelaki yang sangat taat pada agama, lelaki yang solat berjemaah di awal waktu, lelaki yang selalu bangkit solat malam, lelaki yang ayat-ayat al-quran selalu menari-nari meniti bibir, lelaki yang merasakan dia sudah cukup taat pada Allah tetapi dalam masa yang sama, dia tidak pernah terfikir dia sudah menyakiti hati makhluk Allah yang lain iaitu wanita. Saya berdoa supaya setiap ayat yang saya tulis dalam artikle diredhai Allah dan semoga emosi tidak mengatasi niat untuk berkongsi.


Wahai lelaki,

apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila kamu ‘memancing’ wanita

Kamu menyentuh hati wanita

Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian


Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita

Mengapa mengharap kepadamu

Tapi kamu perlu tahu

Wanita hatinya cukup lembut

Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai

Pasti kamu pertikaikan

Siapa suruh berharap?


Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu

Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?

Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan

Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?


Wahai lelaki

Kami akui wanita sangat mudah perasan

Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita

Kami redha dengan kelemahan itu


Tapi wahai lelaki

Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini

Bukanlah untuk mengambil kesempatan

Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami


Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu

Membimbing wanita yang lemah ini

Maka kamu perlu tahu

Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas


Wahai lelaki

Apa yang kamu dapat sebenarnya

Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia

Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan

Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan


Tapi pernahkah kamu fikir

Kedudukan kamu disisi Allah?

Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain


Wahai lelaki

Jika kamu seorang yang taat,

Jika kamu sangat menjaga solat kamu

Mengapa lakukan ini pada wanita

Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran

Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?


Wahai lelaki, kecoh sekali kamu hebahkan

Bahawa kamu mahu isteri yang solehah

Tapi dalam masa yang sama

Kamu tidak putus-putus memancing wanita

Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki

Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya


“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)


Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Adakah layak kamu peroleh wanita solehah

Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu

Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh

Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu

Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita



Hakikatnya wanita memang mudah perasan. Apa yang manusia lihat, wanita lah yang perasan, tapi pernahkah terfikir, siapa dulu yang buat wanita perasan? Siapa dulu yang mencipta bait-bait ayat untuk buat wanita perasan. Kepada kaum lelaki, mungkin kalian tak rasa apa-apa dengan artikel ini tapi kami kaum wanita tidak akan putus berdoa supaya Allah membuka pintu hati kalian untuk mengerti betapa kamu diseru melindungi kaum wanita jauh sekali menyakiti hati mereka. Jika kamu rasa wanita bodoh dan sangat mudah dipermainkan, tidak mengapa kami terima. Tapi ingatkan diri kamu, Allah s.w.t Pencipta wanita itu sangat adil sifatNya. Dan semoga sifat Allah yang adil itu dapat membuat kamu muhasabah diri kamu. Jika kamu menyakiti hati wanita, tidakah mustahil jika akan tiba masa kamu disakiti.


“ Kaya lelaki kerana akhlak mahmudah,

tampan lelaki kerana kejernihan wajah.

Manis lelaki kerana senyuman indah dengan niat sedekah.

Tinggi lelaki kerana kesederhanaan.

Hebat lelaki kerana kesabaran dan mulia lelaki kerana keimanan yang teguh..''

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Thursday, May 26, 2011


sedang asyik merenung sesuatu di muka lcd skrin ni, teringat satu kisah menyayat hati sewaktu dulu-dulu, jadi, trus la menggoogle mencarik. menusuk hati sbenanya lirik ini jika di amati dengan muziknya. tangisan dan ratapan seorang wanita dalam diamnya...


Eisya
Nurani


Dikala malam sepi bila kusendirian
Kisah silam datang menjelma
Walaupun semuanya telah berlaku
Tapi tetap segar didalam ingatanku


Bila kukenang masa yang lalu
Airmataku membasahi pipi
Angin nan malam teman sejati
Untuk mengubati hatiku rindu padamu


( korus )
Nurani...Kau lambang cintaku
Oh...Nurani...
Namamu sentiasa di hatiku sayang


Masih segar dalam ingatanku
Dihari pernikahan kita
Kucium tanganmu
Dan kau mengucup dahiku


Ku terasa sungguh bahagia
Kerana dapat hidup bersamamu
Moga kasih sayang kita
Kekal untuk selamanya


( ulang dari korus )


Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar saja
Kasih yang diikat telah terlerai juga
Semasa kepulanganmu
Kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku
Untuk selama-lamanya


Nurani
Nurani
Nurani ...
Oh... sayangku


``tidak ku jadikan sesuatu tu tanpa sebab musababnya.``
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Wednesday, May 25, 2011

Indahnya sewaktu kita bersama,
terasa bagai di syurga,
engkaulah sinaran cahaya ilhamku,
pengubat kedukaanku.

jernih berkilauan,
bagai titisan embun menghujan,
jernih alam rasa bila namamu,
aku lafazkan.

sehingga kini masih ku terbayang,
ketika bermadu cinta,
tak daya ku melupakan segalanya,
kenangan kisah kita.,

disaat berduka datang pelbagai bayang menghilang.

setelah ku kehilangan dirimu,
seluruh hidupku kegelapan,
tanpa kasih sayang darimu,
aku tenggelam dan karam dilautan.

cinta suci biarlah ia pergi,
demi kebahagiaanmu.. kurelakan dikau pergi dariku.

kasih mengertilah hatiku ini yang terluka,
nantikan ku dipintu syurga,
hanya air mata, menjadi teman hidupku,

~~~mood : terencat ~~ ekekek...
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Tuesday, May 17, 2011

-pepohon cinta-

Sudah kuizinkan benihmu disemai di sanubariku
Sudah kuberjerih pelihara suburmu
Telah kubajai dengan kesetiaan dan kepercayaan
Telah kusirami dengan keikhlasan dan kejujuran
Telah tersimbah dengan nur dari Ilahi
Agar terbit haruman bunga cinta nan wangi
Kuharap kuntummu semerbak harum ke pelosok sanubari
Tatkala musim kemarau menjengah
Kukerah segenap daya menggali telaga sabar
Di ufuk timur dan barat tanah gersang
Untuk kusiramimu yang semakin layu
Hasratku dirimu terus segar dan tegap
Tatkala makhluk perosak berusaha membinasa akarmu
Kusisih satu persatu dengan tangan kosongku
Biar digigit luka ku tetap singkirnya
Tak sanggup kubiar kau menyembah bumi lantarannya
Tatkala api amarah dan cemburu menyala
Adakala kubiar kau layu dek bahangnya
Tatkala hujan rahmat membasahi
Harummu umpama kasturi
Indahmu menggamit nur segenap sanubari
Tatkala nian indahnya mekar kuntummu
Tatkala nian semerbak harummu
Dititisi embun keyakinan dan pengertian
Kurejahi segala onak duri
Demi mereguk nikmat memilikimu
Tatkala badai melanda
Kuperisaikan diriku melindungmu
Namun….Duri-duri tajammu nan bisa menusukku
Pekat darah merah mengalir
Menyimbahi ceruk sanubari
Bisamu menular kesegenap raga
Hanyir darah menusuk rongga hidung
Menyirna wangi kuntummu
Kukaral air di telaga sabar yang masih tersisa
Biarpun longlai segenap ruas sendiku
Biarpun pekat darah masih menitis
Idamku sanubari suci dari noda dan hanyir darah
Moga hikmat air telaga sabar sebagai penawar bisa
Terkadang tiada daya lagi memilikimu
hadirmu menuntut sejuta pengorbanan
Menagih sejuta bukti
Mengidam sejuta hasrat
Terkadang kusahut segala serumu
Lalu tersungkurku di jurang kehinaan
Terkadang pabila bisamu menjalar segenap ragaku
Mengundang lalai pada Ilahi dek sebalku padamu
Lalu terperosokku di lubang murka Rabbku
Ingin kurentap dan kucantasmu dengan rakus dari sanubari
Agar tiada lagi bisa hingga kualpa pada Al Khaliq
Namun..kau bukanlah benih yang dulunya kusemai
Tunjangmu mengakar jauh ke dasar sanubari
Andai kurentap..
Pasti kesakitan tak terperi menular keseluruh raga
Andai kucantas…bukankah tunggulmu tetap di situ
Tetap menghadir seribu nestapa saban saat kuterlirikmu
Pasrah…
Kuserahkan segalanya pada Ar Rahiim
Dialah yang mengirimkan benihmu dulu
Jika di sisinya memilikimu akan menumbuhkan
Sejuta pohon cinta pada Ar Rahman
Tetaplah utuhlah kau dalam sanubariku
Namun..
Jika di sisi Al Malik
Memilikimu mengundang murka Ilahi
Mematikan pohon cintaku pada Al ‘Alim
Maka Dialah yang lebih tahu
Aturannya agar kau tersirna dari sanubariku..

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124

Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :

"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba

untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.


Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Monday, May 16, 2011

•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•

♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥



•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•



Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyingkapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Sunday, May 15, 2011

wanita perlukan lelaki~

Assalamualaikum..
juz nk share 1 artikel dgn korg..
kenapa wanita perlukan lelaki??
meh baca meh..



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.


Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.


Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.


Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.


Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.


Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.


Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,
tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi,
tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.


Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


Artikel iluvislam.com
artikel yg sgt memotivasikan diri ini..smoga ianya turut memotivasikan diri korg..
"insan yang cemerlang datangya dari akal, dari hati yang bersih, dan jiwa yang tenang..ye..ye.." ;p 


sekian..




Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Tuesday, May 10, 2011

senget senget si seth~ (hari pernikahan)

tiap manusia pasti mengimpikan pernikahan yang sangat `grand`, gemilang, terbilang.
ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi memenuhi kehendak hati, nafsu, dan ingin bersaing dengan dunia.

sehingga ada yang sanggup membuat `loan` bank demi memenuhi kehendak mertua, mahupun kehendak diri sendiri tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung masa akan datang.tidak ada yang sedar akan perkara ini sehingga mereka terjebak.

`perkahwinan loan`.
ini adalah pekara yang sedang berleluasa dalam konteks `perkahwinan` masyarakat kita pada masa kini. tidak ada rasa malu lagi, tidak ada rasa ingin berjimat.
pada mata mereka hanyalah mahukan pujian yang berbakul-bakul tanpa tolok bandingan diantara sepupu, saudara terdekat, dan saudara jauh.
tiada apa sebenarnya...
ramai yang lupa istilah sebenar perkahwinan.
si pengantin, mahupun si ibu pengantin, lelaki mahupu wanita.

bagi yang mampu..boleh la letakkan kunci kereta porche cayyenne. nak letak kunci umah ke, cf umah ke, model kete ke, ipad ke, ipod ke, htc desire ke, iphone ke, mp5 ke,laptop vaio vastron ke,terpulang.tapi, adakah terpikir yang peralatan gadget yang di jadikan hantaran tu ada warantinya? atau sememangnya
korang-korang yang nakkan hantaran gadget ni ada agenda tesendiri?? nilai perkahwinan tu cukup skadar masanya sama dengan waranti gadget tuh?

lupakah korang??
saidina ali dulu,. nikah dengan puteri rasulullah, hanya berhantarankan sehelai baju perisai. perkahwinan mereka kekal je sampai akhir hayat mereka.
kesinanbungan dari hantaran saidina ali, `baju perisai` membawa makna,,
``wahai isteriku, akan ku jaga dirimu sebagaimana baju perisai ini menjaga daku sewaktu ku di medan perang.`
``wahai isteriku, akan ku jaga `pakai` dirimu sebagaimana aku memakai baju perisai ini dalam medan perang.`
``wahai isteriku, akan kekal kah dikau bersamaku, sebagaimana baju perisai ini bersama ku di medan perang walaupun jika ditakdirkan aku syahid`

itu kesinambungan yang ada didalam perkara yang pernah berlaku.
sama seperti al quran, sejadah, telekung. orang sekarang ni, menganggap hantaran yang ni, skadar cukupkan syarat. silap-silap, guna pun tak lepas nikah.

renungkan la. ap maknanya jika hantaran itu berupa ipad..
``wahai isteriku, akan ku bawa kau kemana-mana,akan ku tayang kau kerana kau adalah yang terkini`. after datang yang baru? then wut hapen??
jika hantaran porche cayyenne.
``wahai isteriku,akan ku bawa kau kesana kemari, kerana kau egoku,kau kenderaanku, aku la pemandumu.`. bawak-bawak eksiden, kete claim insuran, takbleh claim, simpan wat tukun,tak pun jual.

bukan la niat di hati untuk merendahkan, bukan juga ingin meminta diskaun pasal hantaran.
tapi, , beringatlah, yang perkahwinan itu satu perkara yang sangat suci, perkahwinan menyempurnakan agama. perkahwinan melengkapkan fitrah manusia.
tidak perlulah berhabis ratusan ribuan hanya pada satu perkahwinan. sememangnya ianya sekali seumur hidup.. apa yang sekali?
saat melafazkan `aku terima nikahnya...... ` dan saat mendengar lafaz `aku terima nikahnya.... sah`. itu yang sbena-sebenanya skali seumur hidup.
perkahwinan itu sebenar-benarnya adalah nikmat yang tak terhingga jika kita menikmatinya dengan nikmat yang Allah selitkan, hadiahkan, mahupun berikan kepada kite.

skadar renungan bersama...



Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Thursday, May 5, 2011

jika anda ikhlas mcintai ssorg..jlan yg tbaek adalah DIAM!!

Assalamualaikum..^^
dunno y..tbe2 ptg neh tgerak hti sayer nk cte psal cnta dlm diam..mgkin saye sdg mlalui prasaan itu..jiwang la plak kan..(mata ke atas,tgn ke dada)..juz nk share 1 artikel tntang cinta dlm diam dgn korg..agak mnarik utk mmotivasikan diri..huhuhuhuhuh~ mai la baca..



Bismillah..
Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya.. 
Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.. 
Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.. 
Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya.. 
Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang..  
Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan.. 
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.. 
Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.. 
Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.. 
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya.. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.. 
Kerana diammu adalah keadilanmu.. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.. 
Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia.. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.. 
Kerana diammu adalah……. Kekuatannya!
Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.. 
Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata..
Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian.. 
Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.. 
Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! 
Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.
Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung! 
“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.” 
NOTA SISIPAN1.   Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
2.   Ianya boleh dianalogikan seperti antibiotik dan tubuh badan manusia. Seseorang yang sering diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan akan menyebabkan sistem imunnya lemah dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. Akan tetapi seseorang yang dibiarkan melawan jangkitan dengan sendiri tanpa antibiotik, badannya akan secara automatik menghasilkan antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Justeru,sistem imunnya menjadi mantap secara semulajadi dan mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan. 
Seperti hal ini, apabila kamu mendapati seseorang mulai jatuh hati padamu, jika kamu melayani perasaannya, maka ia akan sentiasa bergantung kepadamu dan hatinya menjadi lemah. Tetapi jika kamu membiarkannya melawan perasaannya sendiri, maka ia akan membentuk satu kekuatan dalam hatinya.
Orite..abes dh baca?? bagus..membaca adalah amalan mulia..;p
susah dh nk jmpe org cmni skg kan..dak2 skg lebey brani m'ekspresikan prasaan masing2..mgkin laen org,laen caranya..rmbut sma hitam,hati laen2..



"Ya Allah..
Seandainya telah kau catatkan..
dia milikku tercipta untuk diriku..
satukanlah hatinya dgn hatiku..
titipkanlah kebahagiaan.." 
"Ya Allah..
Jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku..
Dengan ketentuan-Mu..
ok la kwan2..smpai cni je..hnya utk mmotivasikan dri sndri je neh..(mata ke atas tgn ke dada) huhuhuhuh~
renung2kan dan slamat b'amal~ ^^ 


Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..