Friday, March 16, 2012

hati..

3 hari sudah berlalu.. emosi terasa cukup lelah.. lelah kerna berperang untuk melawan.. cuba untuk tidak melawan dan melayan.. tp, saya bukan begitu orangnya.. tambahan pula melibatkan lelaki yang saya sangat sayangi.. kepala memang berfikir untuk tidak mahu melayan.. tp hati terus meronta-ronta.. akal dan hati, mana yang lebih berkuasa? emosional atau rasional yang menjadi pilihan?

putus..
laju saja perkataan ini ditaip tiap kali ada perselisihan. ini semua terjadi bila hati menguasai akal. bukan perpisahan yang sangat dimahukan. tapi kebahagiaan yang tersayang terlalu diutamakan. selalunya saya yg slalu mngeluarkan kata-kata ini. itulah kebodohan saya. sama seperti budak sekolah yang baru belajar bercinta. tetapi pada saya, apabila saya mngeluarkan kata ini, hanya dia yang saya utamakan. pada saya, hadirnya saya sering membawa masalah padanya. sering membuatkannya serabut. sampaikan saya berfikir jika tiadanya saya hidupnya pasti lebih baik. sanggup saya derita asalkan dapat melihatnya dirinya tenang. itu yang selalu saya impikan. sejak dari dulu lagi. bahkan sebelum menerima lamaran cintanya lagi.

lawan..
bukan niat saya mahu melawan. tp itulah saya. mudah sangat melatah bila dicucuk. bukan niat saya mahu menjadi ketua. tp pada saya, saya perlu pertahankan diri bila yang dikatakan itu tidak benar sama sekali temtang saya. apa perlu saya berdiam diri?  jika saya berdiam diri maknanya saya mengiyakan. mungkin bertambah sakit hati dia dibuatnya. tapi, bila saya bersuara untuk mempertahankan diri juga akan menyakitkan hatinya juga. apa yang perlu saya berbuat? saya keliru..

cinta..
kenapa saya sayang dia? kenapa saya cinta dia?
sayang dan cinta saya xde sebabnya.. dan x perlu bersebab..
jika saya cintakan dia kerana kesungguhannya, mungkin 1 hari nanti dia tiada daya untuk bersungguh, saya akan tinggalkannya..
jika saya cintakannya kerana senyumannya, dan mungkin 1 hari nanti dia x mampu utk tersenyum, saya akan tinggalkannya..
jika saya cintakan dia disebabkan semua kebaikan yang ada pada dirinya, dan mungkin 1 hari nanti kebaikannya itu tenggelam dek 1 keburukan yg dilakukannya, saya juga akan tinggalkannya..
sebab itu saya cintakan dia tanpa sebab..tanpa syarat..yang saya mahu hanya hatinya.. itu sudah cukup buat saya..

bahagianya dia adalah senyumnya saya..
kecewanya dia adalah sedihnya saya..
sedihnya dia adalah tangisnya saya..
dan gembiranya dia adalah tawanya saya..



Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Wednesday, March 7, 2012

sambungan dari bersambung yg dah sambung..

...
masih ingat lagi dengan cerita saya tentang encik yg menemu duga  saya hari itu? ye.. encik itu sudah pun menjadi bos saya sekarang. saya mula tidak berapa gemar nak berurusan dengan beliau. kenapa ye? mungkin saya tidak berapa gemar dengan caranya. tapi beliau ok je. mungkin saya ni terlalu mengharapkan bos yang sempurna. hohohoho. xnak la cite pasal keje dh. bosan.


cumil kan gmbo ni? gambo ni di kirim melalui mms oleh incih hati saya. sudah pun saya updatekan di pesbuk sbgai profile pic. simbolik kpd masa depan kami. hohohohoh.

sekian, smpai sini je lah. mata sgt mengantok. baju x iron lg. hadoihhhhhhhhhh~
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..