Sunday, December 25, 2011

kisah hati 3

petang yg panas..
tp dlm blik sejuk..
kipas pusing 2 je.. tp lajunya x hengat..

ape sbnarnya tujuan aku menhapdet belog neh? ntahlah.. yg pastinya hatiku rawan.
hati tidak lg berbunga2.. sejak semalam lg begini..
kisahnya janjiku pd incik hati tidak dpenuhi.. maka dgn itu telah mngundang kemarahan incik hati yg amat dahsyat..

jujur..aku sgt tidak suka dmarahi org tersayang.. sbbnya bile dmarahi mereka diriku akan mjadi sgt2 down. smangat hilang ntah ke mana. puncanya dari diriku juga. gatal sgt nk cari pnyakit.. nah, rasakan!

kalau x reti nk penuhi janji, xperlulah berjanji fauziah! xde maknanya! x guna! ianya akan mnyakiti hati org yg awak syg tu! dan awak juga kena tempiasnya skali. dan lebih dahsyat kesannya pd awak! bnde ni akan mkan diri awk sndri slagi org tu x maafkan awak! tanggunglah sendiri fauziah apa yg dh awak sndri lakukan!

itulah apa yg ku rasakan skrang. btul2 mkan diri. xtaw apa kesudahannya nanti. hrap x mlarat. smua kputusan tletak padanya. iye. mmg slah aku. aku akui. tp nmpaknya slah yg ku lakukan sgt besar padanya. spt x boleh dimaafkan. moga cepat incik hati sejuk.

harap semuanya berjalan lancar dan x melarat.
sgt2 sayangkan incik hati.......:'(
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Friday, December 16, 2011

November 2011

Assalamualaikum.

lama sudah sy x menghapdate belog kesayangan. bukan sengaja. tp kerna ketiadaan waktu dan juga idea. almaklumlah, hati sntiasa berbunga. bila hati berbunga terasa dunia ini saya yg punya. hohoho. lupa segala kesedihan dan keperitan yang lalu. tapi, tidaklah bermakna stiap hari hati ini berbunga. terkadang dtg juga hujan di hati. keadaan itu juga mbuatkan diri tiada langsung semangat utk menghapdate belog. sehingga mbuatkan org tsayang bjauh hati. maafkan saya :(

kenapakah tajuknya NOVEMBER 2011?
itu persoalan pertama yg akan bermain di fikiran kan? ;)
sebabnya..November 2011 sgt bermakna buat saya.
untuk sebab yg pertama adalah :-

Genapnya usia ke 24.

Alhamdulillah..genap sudah 24..umur semakin meningkat..perjalanan hidup semakin singkat..dan kematian itu semakin dekat..subhanallah T_Tmoga hidup sntiasa di dlam berkat..buat para sahabat..segunung terima kasih sebagai tnda penghargaan buat yg masih ingat..sgt2 bererti walau ada antara kita tidaklah tlalu rapat..namun penghargaan ini mbuatkan kita terasa dekat..moga ukhwah ini hingga ke akhir hayat..^^jazakumullah khairan katsira ♥ ♥ ♥
inilah yg saya postkan di wall fb saya sbgai tnda penghargaan saya pada Allah SWT kerana saya masih dberi peluang untuk mneruskan hidup dan juga pada semua sahabat yg mengingati dan menghargai saya.

untuk abah, emak, kakak, yip dan yan. walaupun x semua yg wish, tp saya tau semua ingat bday saya. wish itu x penting pd saya,yg penting mereka sntiasa ada di sisi saya dalam apa jua keadaan. itu sudah lebih dari cukup. kasih sayang mereka sgt penting buat saya :)

buat incik hati saya, apa yg sudah kamu berbuat untuk saya itu semua sudah lebih dari cukup. perasaan sayang kamu pada saya itu sudah memadai buat saya tahu yg kamu sgt2 menghargai saya. begitu juga perasaan saya buat kamu. untuk semua apa yang telah kamu berikan pada saya, terima kasih saya ucapkan. moga hubungan ini terpelihara dan direstui oleh semua pihak. aminn~ :)






Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Tuesday, November 8, 2011

sambil merepek makan kerepek

Assalamualaikum!

Siyesly, mata saya sangatlah mengantuk pada waktu ini. tp, dalam waktu yg sama, semangat saya sangat berkobar-kobar untuk menghapdet belog. nak tau kenapa? sebab.. ntahlah. saya pon xtau (dialog inspektor sahab dalam keluangman). 

Dalam masa yang sama juga, saya sedang menyelam dan sambil2 tu minum air. xdelah menyelam btul2 kengkawan. buang tebiat ape malam2 buta nak mnyelam. dah la saya ni semput. kang x pasal2 je "x dapat diselamatkan.." "ya Allah.." (*iklan accident dolu2) sape ingat iklan tu mmg mantop la kekuatan daya ingatannya. macam saya.  eh. macam dh jauh sangat dh mlalut neh. sepatutnya kene ke kajang. tp dh sampai segamat dh neh. rosak akhlak btul la dak poyah neh. mahap la yer kwan2. bukan slalu dpt mlalut mcm ni. bila pale otak weng je buleh mlalut smpai cmneh skali. sobona ea, pada waktu ini juga saya sedang melakukan 2 hal serentak. yakni membaca blog ini ==> http://dirikudrcinta.blogspot.com/ dan juga sedang bermesejan  saya sedang membaca tajuk "Ikhtilat" di belog dr. cinta ini dan isinya sgt bagus.  tp bacanya pun x abes lg le. sbb "ikhtilat" ni bersiri. (yo yo o je kan. gebang macam dh abes baca sume)

sebenarnya, saya dh lupa la apa yg nak saya mrepekkan di sini. adehh. cmne la buley lupe neh. 
ok la kawan2. saya nk pk balek apa yg telah saya lupakan sebentar tadi.

-will be right back- 
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Saturday, October 29, 2011

istikharah cinta

Assalamualaikum pembuka bicara :)

sudah lama x menghapdet belog ini. bukan dlupakan. cuma masa tidak mengizinkan. terkadang punyai masa. tp risau jika yg bakal tertulis akan mengguris hati yg membaca walaupun bukan itu yg ingin dsampaikan. risau penulisan di belog ini akan dsalahertikan. sgt2 risau dan x mahu langsung diri ini untuk melukakan hati yg membaca. itu yg membuatkan 1 keputusan telah dicapai yakni mengabaikan belog tersayang buat sementara waktu :)

sebenarnya terlalu banyak ilham yg ingin disampaikan melalui belog ini. cuma kadang2 ilham itu datang tidak kena pada waktunya. selalunya ia datang pada waktu diri ini emosional. itu yg membuatkan tangan ini tertangguh utk terus menaip di belog. tunggu emosi reda. dan insyaAllah akan diganti pula dgn rasionalnya dlm berfikir :)

istikharah cinta. tajuk yg ingin dbentangkan pada hari ini. wahhh. dh mcam nk buat forum pulak kan.  xpe. skali skala berangan. brangan yg membawa kpd kebaikan :) kenapa tajuk ini dipilih? adakah saya dlamun cinta? jeng3. cinta terlalu subjektif. apa yg pasti sudah tentu soalannya itu tertumpu kepada cinta kpd bukan yg mahramnya dan berlainan jenis ye tuan2. hurm. dulu hati ini pernah berjanji, tidak mahu bercinta sebelum bernikah. kerna selalunya cinta seperti itu sering menemui kegagalan. sebabnya tiada rs tanggungjawab dlm diri yg bercinta. tp, rasanya saya sudah terjebak ke arah itu sekali lagi. fitrah manusia. ingin disayangi dan menyayangi :)
cuma apa yg sering blegar2 dlm kepala ini adalah persoalan, "benarkah dia untukku?" kenapa persoalan ini sentiasa bermain2 di dalam kepala. mungkin silapnya pada diri sendiri. tidak istikharah sebelum menerima. bukan mungkin. tp mmg nyata itu silapnya saya. sampai skg istikharah itu tidak terbuat. sebabnya sgt liat utk bgun di 1/3 malam. hehehe.
di hati ini tekad. akan dilakukan juga istikharah dalam masa terdekat ini. sebabnya tidak mahu ada yang terluka jika sayang itu semakin mendalam. yg jelasnya kedua-duanya akan terluka jika bukan itu yang tertulis untuk kami. terkadang hati terdetik, salahkah aku kerna menerimanya. hati ini tidak kuat untuk terus bertahan. untuk berlagak kering. sungguh hati ini sudah mencair dgn hadirnya dia. bahagia sudah mulai terukir dan hati sentiasa tersenyum.  tp apa yg pasti kerisauan itu sentiasa terbit di celahan setiap senyuman itu.
apa langkah yg perlu diambil buat masa ini? sementara istikharah belum terlaksana, didiklah hati agar tidak terlalu mencintai. tidak terlalu menyayangi. siapkan diri dengan apa jua kemungkinan. kuatkan kubu2 pertahanan hati agar tidak rebah lagi jika cinta itu tidak kita miliki.

"Ya Allah..jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dgn hatiku..jika dia bukan milikku. tabahkanlah hati ku dengan ketentuanMu" 
-permatayangdicari-
 

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Tuesday, October 4, 2011

-hati! sedialah!-

..termenung panjang aku membaca tiap patah kata yg datang darinya petang tadi. eh. sblum ni pon memang stiap patah kata yang datang darinya membuat otak aku ligat berfikir dan termenung panjang. smemangnya stiap patah kata yg datang darinya itu sgt bermakna buatku seperti mana bermaknanya dirinya padaku :)

sejak dari petang tadi..sejak dari dia berkata begitu padaku..hatiku mula rasa x sedap..tangan sejuk2. eh. nape neh? xtaw nak rasa apa skg neh. mungkin takodd dgn apa yg bakal terjadi. adehh. nk type kat cni pon aku rs semacam. jap2 benti. tarik nafas dalam2. be strong fauziah. ko kata ko dh ready dgn apa pun yg bakal terjadi. xkan baru digertak sket jiwa ko dh kcau cmneh. aku harap aku ready. tp aku x boleh nak tipu diri aku sendiri. hati aku ni, dari dulu lagi kan aku memang dh tau cmne jenisnya. jenis yg mudah sayang kat orang. dah la tu fauziah. ko sayang je la kat dia mcm mana yg dia nak. sayang. tp jgn terlalu sayang. itu yg aku cuba buat mulai saat ini. harap boleh kan :) mungkin untuk kebaikan aku. dan juga untuk kebaikan dia. aku cuba buat apa yg dia nak. harap boleh. kuatkan hati ye fauziah. :)

aku mesej pon dia x reply. xpelah. mungkin dia perlukan masa untuk berfikir. jangan kacau dia k fauziah. mungkin dia tengah serabut tu.

haihhhhhh. sejak dari petang tadi aku asik menarik nafas yg sangat dalam. cuba memberi kesediaan kepada diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Allah! berikan kekuatan yang luar biasa untuk hati kecil ku kali ini.

tidurlah fauziah. mungkin esok pagi ko bangun ko akan lupa semua apa yang terbeban dalam benak ko malam ni. tidurlah. bagi dia masa untuk dirinya. jangan kacau dia. tidurlah. moga esok akan kembali seperti sedia kala. dan harapnya esok semua akan lebih baik dari hari ini. syafakillah fauziah :)
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Wednesday, September 28, 2011

-kisah hati 2-

..betapa keras dan keringnya hati dia sbelum ini untuk dbuka kepada mana2 lelaki..jelas lukanya sgt dalam sehinggakan dia pernah berkata padaku yg dia tidak mahu punyai cinta sebelum nikah..kecewanya terhadap lelaki2 sebelum ini telah membuat dia menghukum dirinya sendiri untuk cuba menerima cinta yang baru..dia keringkan hatinya untuk terima setiap pujuk rayu lelaki yang mahukan cintanya..dia keraskan hatinya untuk terima cinta mana2 lelaki..walau terkadang hatinya mlembut, dia cpat tsedar dgn pendirian yg dibinanya sendiri.."tidak akan ada cinta sebelum aku bernikah!"..

dia cuba hidup dengan semua orang yang ada dsekelilingnya..ternyata hidupnya cukup bahagia bila disisinya sentiasa ada keluarganya yg dsayangi dan menyayanginya..dan begitu juga sahabat2 yg cukup menghargainya..padanya sahabat2 yg tahu menghargai itu lebih berharga dari lelaki yg dcintai tp tidak tahu menghargai kasihnya..cuma terkadang dia juga berasa sunyi..melihat teman2nya yg lain sibuk dgn buah hati masing2..cemburukah dia? dia tidak mempunyai perasaan itu malah dia sentiasa mendoakan hubungan teman2nya itu membawa kepada hubungan yg dirahmati Allah SWT..dan sering saja org bertanyakan padanya sama ada dia sudah berpunya atau belum..smbil tersenyum, dia menjawab dgn perlahan.."xde sape2 la.." dan kebanyakkan mereka x percaya akan kenyataanyya itu..mreka kata dia memilih..tp dia tidak menafikan..malah tersenyum saja..dalam hatinya sering berkata, "korang xkan tau ape yg jadi"..terpulang pada mereka untuk menilai..tp padanya dia percaya ada yg lebih baik akan Allah SWT hantarkan untuk memimpinnya 1 hari kelak..:)

buat masa ini, katanya dia tidak mahu tahu apa itu "couple"..dan kalau boleh dia tidak mahu pun menjalinkan hubungan atas nama "couple"..katanya hubungan itu xde jaminan..btol la tu..sebolehnya dia hnya mahu hubungan yg bersih..pernah aku bertanya padanya, "kalau 1 hari nnt ko jumpe lelaki yg dh buat ko syangkan dia,xkanlah ko xnak kapel?"..tersenyum dia mdengar pertanyaan ku itu..agak lama untuk dia mjawab soalan itu.."x perlu declare kapel kot..asalkan dia tahu aku sayang dia dan dia sayang aku dh ckup..dan kami sama2 berusaha memelihara 'sayang' kami itu hingga ke hubungan yg sah.." itu jawabnya.. "dah tu apa nama hubungan korg tu?" kompius aku dbuatnya minah neh.."kawan la..kawan hati namanya" tersenyum sumbing dia mjawab..

-to be continue- (xde idea =.=")
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Tuesday, September 27, 2011

-kisah hati 1-

kisah hati..
menceritakan tentang teman rapatku..rapatnya dia padaku seperti hati dan jiwaku..
sayangnya aku pada dia seperti sayangnya aku pada nyawaku..begitu sayang..
kesedihannya jadi kesedihanku juga..dan bahagianya sudah tentu membuatku lebih bahagia dari dia..

ku lihat temanku itu begitu gembira saat ini.. katanya ada lelaki yang sayang padanya..yang sangat menghargainya..tidak pernah dia merasakan dihargai seperti itu sebelum ini..melihatnya tersenyum bahagia seperti itu, aku sangat senang hati..rasanya seperti mahu menitiskan air mata kegembiraan untuknya..harap ku padanya agar dia benar2 bahagia kali ini..tidak sanggup ku melihat dia kecewa seperti sebelum2 ini..kalau dapat dilihat dengan mata kasar hatinya sebelum ini, pasti aku tidak sanggup untuk melihatnya..hancur menjadi deraian kaca..hingga aku rasakan sesiapa pun tidak akan dapat membentuknya kembali..

tapi..
anggapan ku salah..hadirnya seseorang yg sanggup membentuk hatinya semula..walau ku tahu sangat2 payah untuk menemukan kembali bentuk hati teman ku itu..untuk membentuknya semula ternyata seseorang itu seharusnya mempunyai ksungguhan dan kesabaran yg tinggi..dan jelasnya lelaki itu sudah lepas ujian2 itu walaupun ianya mngambil masa yg agak panjang..lelaki itu bukan saja dapat membentuk semula tetapi juga cuba untuk membuat hati teman ku itu seperti hati kristal yg kemilau..dan skrang dia masih trus menggilapnya selalu..untuk segala usaha itu,aku ucapkan terima kasih kerna membuatkan temanku bahagia..:)

-to be continue-
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Sunday, September 18, 2011

"mengang"

ok. tajuk hri neh adalah "bengang" a.k.a "mengang" bak kata Awad..
bengang sbbnya adek sy yakni Yan tidak menukarkan header blog sy yg mmg x lawo neh..sy pham kalo bliau xde mase nk tuka kan..tp bliau juga tidak memasukkannya ke dalam hard disk spt yg saya mahukan..huuuu~ =..="
nmpak gayanya kne tgu bliau balek lg lah..ntah taun bile la bliau balek pasneh..den pon x taw..maka dgn ini blog saya akan kekal seperti ini untuk jgka masa tertentu okeh..nk hupdate belog pon naek xde mud neh..adehhh :3
maaf la Yan..kak ngah terpksa mbengangkan diri terhadap anda buat smentara waktu.. >.<"
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Wednesday, September 7, 2011

-bermakna-

tegerak hti hri ni nk bukak blog adek yan..dan TERbaca entry tbaru bliau.."SENYUM" katanya.."senyum x perlu kata apa2" kata Malique & Najwa..ingatkan ape la yg adek yan "senyum"kan..rope2nyer die gi xplore blog aku & ehem2..ingatkan die x kesah..sbb hri 2 aku suh die xplore,die jual mhal..ni tbe2 TErajin lak kan..myb byak ms tbuang die kat poli tu..hohohohoh..

sbnarnya adek yan bru pham ape yg ttulis..de lg yg adek yan perlu pham ape yg tsirat..nntlah..bile ko balek kak ngah cte lg ea..jd x balek 15hb ni??

sejak mule2 bkeje,hri2 yg dlalui rs bmakna..spertinya sume kkosongan t'isi..terima kasih kpd sume yg sudi mngisi kkosongan itu :) sgt sronok bkerje smula..sume org nmpak sgt mesra..itu yg diimpi2kan slama 7 bulan bkeje sblum neh..kdatangan aku juga dsambut dgn mesra skali..tharu sgt..bru aku tau btapa mreka mhargai penat lelah aku slama ni..saaaaaaayg sumenye <3

hri ni dpt la kad ry..dr ssorg.."bagusnya" bliau,bley lak x tulis name..kan mak ngan abah dh rasmikan dulu..adehhh..malu den..seb baek la xde ape yg mbuatkan mak abah curious..:p simple..tp bmakna..itu phargaan buat kamu yg mberi..dan skali lagi trasa sgt dhargai atas bberapa ayat yg dcoretkan di situ..dun worry..G pham walopon dakwatnya boco..lol XD

stiap hari aku hnya mharapkan yg terbaik utk mreka yg sgt tahu mhargai aku..penghargaan mreka sgt mbuatkan ku tharu hingga mahu mnitiskan air mata..smoga phargaan mreka tbalas dgn swajarnya 1 hri nnt..dan maaf andainya aku x mmpu utk mbalas phargaan itu sama rsnya spt kamu mhargai aku :(

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Sunday, September 4, 2011

-rindu setengah mati..(tajuk lagu la)-

tangan memegang nset..mata tekebil2 melihat skrin..tbe2 jari gtal maip msej..msej yg bbunyi "rindu =.=" "..dan sterusnya jari maken gtal pergi ke contact recently used..contact telah dipilih..tgal nk tekan button send je..akhirnya..kegatalan tgan bjaya dcontrol..jari lalu menekan button cncel..fuhhhh..smua berada d luar kawalan..
kmudian hati berkata-kata..cmne die nk truskan idup die kalo aku trus kaco die..bg die bnafas fauziah..akhirnya,aku akur..=.="

nape tbe2 rs cmneh? rindu yg mcm rs nak nanges..dh lame x rs cmneh..nape neh?? xkanlah prasaan itu?? huuu~
bukan mnafikan prasaan..tp xnak la die rs aku mpermainkan prasaan die..x sanggup dh nk tgok mata pnda itu ksedihan..at least ry ni ade gak die tsenyum smbil kemam kueh ry..tu pon smpat lg snap gmba..mmg kaki posing btol..=.="

rindu nye psal,gi la skodeng jap album2nya yg ade di mukabuku tu..ohooo..byak gak bliau upload pic bru..bagusnye..muke atak sinyyumm..:) walaupon bliau x nsem,tp skali senyum tgugat gak iman..hohohohoh..nsem xde,manis tu ade..LOL :p nak2 kalo dgn gaya rmbut ala2 Ariel..dr x nsem,tbe2 nsem jap dlm 3 saat..hohohohoh..

ms kat kg hri tu..adek yan tnye.."laju je ko men msej skg ngah.." almaklumlah..dlu kak ngah nye ni men cmpak je nset mrate..org kol pg bute, mlm bute bru prasan..same jugak la dgn sms..seb baek la xde yg sentap..alasan bese aku bt,"bzi"..smpai la de mmbe cop aku artis..hohohoh..mane x nya..nk jmpe pon susah dorg kate :p aku hnya tersenyum je dgn knyataan adek yan tu.."msej sape ngah?" tanye adek yan.. aku buat muke eksen.. "msej pak aji la tu.." erk..apekah?? adek yan xplore fon aku ke cane neh?? =.=" snang cte, aku snyum je smpai abes..last2 adek yan pon b'alih arah ke nsetnye sndri..hohohohohohoh :p

tu cte mula2 ry je..naseb baek la adek yan x prasan aku dh mula m'abaikan nset ksayangan 2..xdelah abai mana..letak kat blik je..bt kje kat bwah..m'bzikan diri..harap2 dpt lupa smentara..mmg smentara pon lupenye..bile naek bilik,tgok nset..hurm..hti pon ikot kering.."xpelah"..hti berkata.."kuatkan smgat fauziah..kamu bt utk kbaikkannya.." dari aku trus mhubunginya dan trus mnyakitinya,rsnya lebih baik aku diam kan diri..

buat kamu..sy de pngakuan jujur kat cni.."iye..sy rindu kamu" =.="..x jd anta sms tu sbb malu..hohohohohoh..

harap kamu di sana baik2 saja ^^v

-rsnya xde pgunaan hiperbola kat cni- =.="



Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Saturday, September 3, 2011

-mimpi d ptg hari-

Assalamualaikum.. :)

warghhhh..sharian penat melayan sepupu2 yg dtg..dgn umah cm kapal karam nye..almaklumlah..bru balek dr kampung katekan..penat bkemas pon x abes lg..tp sonok ble spupu dtg..mlayan karenah anak2 buah yg mcm2 ragam..bukan selalu dpt jumpe dorg neh..ry je la pluang yg slalu ada..:)

dgn kepenatan yg x t'abes, akhirnya aku pun tertdo lewat ptg..lebey kurg kul 5.30..mmg dh lewat sgt pon..org kate x elok tdo pas Asar..tp aku redah gak sbb pnat..walopon blik pnas mbahang..tdo dlm keadaan pnas pun bley dpt mmpi mngarut..tp xde la mngarut mane..mmpi siang kan..mmg org slalu kate mngarut..tp aku cm agak truja la dgn mimpi 2..

mmpi tentang sseorg..sseorh yg sering aku singgah di blognya..utk cuba mdalami isi hatinya..dasatkan aku..smpai blog bliau pon msuk dlm mmpi aku..:p tp, yg aku truja nya tu, dirinya seolah2 bahagia di sana..itu yg aku harapkan slama ini..ada org yg sering mngintainya dan mharapkan kasihnya..prasaan aku waktu itu?? ntahla..xtau nk ckap..bbaur je rs..sronok sgt ble dpt tgok bliau bahagia..tp dlm ms yg sama..rs cm sedih sgt..;(

sbenarnya,aku pun xtaw ape yg aku nak..ape yg aku rs..mungkin bile 1 hri nt ble aku dh sedar ape yg aku nak..mungkin sumenye dh terlambat..krisauan aku melebihi sgala2nya..risau..cepat atau lambat pasti aku akan membuatnya derita..:( xtaw kenapa..tiap kali nk pejam mata mesti t'ingat bliau..mungkin rs bsalah mnguasai diri..x pun sayang mlepaskannya pergi..

"x trasa dia pergi..
tp sayu bila dia x kembali..
mcarinya dgn hati suci..
lebih indah dari memiliki..tp x mhargai.." 
okeh..aku dh start mngarut dh..ok lah..harus tdo..esok mau ke sabak..mhantar adek yan ke poli smbil temankan si adek yip bjumpa buah hati..kakak yg baek kan..hohohohohohoh..slamat tidur ^^v
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Friday, September 2, 2011

-pergilah-

lelah diri bermain dgn prasaan sndiri..
sekejap begitu..sekejap begini..
mulanya kata ikut kemahuan hati..
bila hati merajai..rasa x slesa pula pd diri..
maka..akal ligat berpusing mcari keputusan..
keputusan yg acap kali di buat sblum ini..
mungkin padanya sblum ini mahukan yg terbaik..
tp blum cukup baik buat dirinya..hnya memikirkan yg terbaik utk org lain..
sbenarnya..dia harus memikirkan yg terbaik utk dirinya..barulah dia dpt mbuat kputusan yg terbaik..dan hidupnya akan sdikit gembira..dari derita terus mnyelubungi dirinya..
kali ini..ku ikutkan saja kemahuannya..tnpa perlu banyak bertanya..harapku..ini yg terbaik buat dirinya..biarlah dia pergi membawa diri..insyaAllah..panjang umurku pasti berjumpa juga satu hari nanti..
harapku juga..jgn terus meratapi nasib diri..lelaki harus semangatnya tinggi..
dari dulu smpai kini doaku hnya satu.."smoga semua yg dilakukannya terbaik bt dirinya..aminn~"

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Monday, August 22, 2011

-menjauh-

tidak tahu apa yg aku mahu bicarakan di sini..pagi2 dingin begini..sejuk..hujan d luar sana..alhamdulillah..aku suka hujan renyai di waktu pagi..seolah2 mendamaikan hati..

sepertinya byak yg aku ingin smpaikan di sini..mngikut perkiraan aku yg x dpt mlelapkan mata sejak sahur td..byak skali yg ingin aku coretkan..tp..bila sudah berada di depan laptop, seolah2 otak ku membeku..

apa yg pasti..semalaman aku hnya terkenangkan 1 pertemuan semula..yg sgt singkat..tidak smpai 1 bulan pun..walaupun singkat,byak meninggalkan kesan ke atas hatiku..

pertemuan yg pada awalnya sedikit kekok..kekok kerana takut dia tidak mahu bersahabat dgnku kembali..sbbnya aku yg pergi mninggalkannya tnpa sebarang pesan..kenapa? biar saja aku simpan sndiri sebabnya..aku menghulurkan salam semula..ternyata dia seorang yang bhati mulia..sanggup terima aku kembali tnpa byak soalan..walau ku tahu hatinya ingin sekali bertanya kenapa aku pergi dahulu..untuk penerimaan itu.."terima kasih" ku ucapkan..^^

kisah berlanjutan..aku dtg dgn harapan mahu memberinya ketenangan dan kedamaian..mahu menjadi sahabat yg baik..mahu meminjamkan bahu..mahu meminjamkan telinga ku untuknya..tp..ternyata aku bukan seorg shabat yg baik..malah hadirku semakin mnambah deritanya..aku seperti parasit..ingin menumpang teduh tetapi dlm diam memakan dirinya..untuk derita mu itu, "maaf" aku pohonkan..=.="

kamu sgt mendamaikan hati..maaf..aku tidak dapat membuatmu merasakan seperti ku..setiap hari ku jenguk dirimu..walau pun di alam maya..hnya itu yg dpt membuatku tenang..setiap patah kata yg terbit dari diri mu aku cuba hayati..selalunya membuatku tersengih seorangan..nasib tiada siapa nampak..kalau tidak pasti dicop angau.. :p dan adakalanya membuatku terdiam..terdiam kerana aku tahu hatimu sakit keranaku.."maaf" juga untuk itu..=.="

tidak pernah aku samakan kamu dengan sesiapa pun..kamu 1 dlm 1000..penghargaan kamu terhadapku sungguh ikhlas..hingga terkadang membuatkan mataku berkaca..cuma aku saja yg x mahu kamu terlalu meletakkan harapan yg tinggi terhadapku..jgn pernah mnyanjungiku setinggi langit..aku tidak layak untuk semua itu..aku hnya perempuan biasa yg punya banyak kekurangan..tidak pernah ada org lain menghargaiku sperti itu..untuk itu.."maaf" andainya aku tidak tahu menghargai penghargaan mu itu..

aku tersentak bila kamu berkata hatiku telah terbagi dan mnyebut2 nama yg lain..sepertinya degup jantungku berhenti untuk seketika..aku tertanya2.."apa tidak jelas lagi selama ini penjelasanku kepadamu?" sememangnya tidak jelas..kamu mahukan jawapan yg begitu jelas..seterang2nya aku ingin katakan..aku "sayang" padamu..adakah itu "cinta"? "maaf"..aku tidak jelas tentang itu..aku terlalu berhati2 untuk menilai perasaan itu..kerana aku tidak mahu kecewa lagi..tp tindakan ku itu telah meranapkan hatimu.."maaf" =.="

aku tidak mahu memberi kamu harapan dgn penilaian yg blum habis ku tafsirkan..sepertinya aku telah membuatmu menunggu begitu lama dan kamu pun sudah berasa jenuh.."maaf" membuat kamu tertunggu2 dan akhirnya membuatkan kamu rasa pngorbanan kamu itu tidak berbaloi.."maaf"..

kini..tekadmu mahu menjauh dariku..pergilah..mungkin itu yg terbaik buat kamu..dari kamu terus di sisi ku dan akhirnya memakan diri mu sendiri..pergilah..sebelum menjauh..ku pohonkan sejuta kemaafan kepadamu..yg sering membuat kamu terluka..hmpir setiap waktu..rasanya tiada 1 pun kbahagiaan yg dtg dariku untukmu..ku mohon dberikan kemaafan agar dapat menutup mata dgn tenang bila tiba waktunya..

walau berat hati mahu melepaskan..andainya itu yg mbuat kamu bahagia..pergilah..rs bersalah itu pasti akan menjalar dalam tubuhku bila bertemu..dan mungkin ianya akan hilang bila aku pasti yg kamu benar2 bahagia 1 hri nanti..kebahagiaan kamu menjadi keutamaanku..sntiasa dalam doa kudusku..amin~~



Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Friday, August 19, 2011

-syafakillah fauziah-

astagfirullahalazim..
dah 3 hri saket berlarutan..kali ni timbul pula batuk..batuk bukan sbrang batuk..batuk yg mbuat dada ku terasa sesak..sakit yg suda hmpir 15 tahun mninggalkanku..kini mgamit semula..astaghfirullah..sesak dada Allah saja yg tahu..nafas ku tercungap2..sakitnya dada..hnya Allah yg tahu..

teringat dulu waktu kecilku..bila sakit ini mjengah,abah & mak la org yg paling risau..tiap malam aku ditidurkan..tinggikan sedikit bantal ku..kemudian sapu minyak angin di dadaku..masa tu,rs mcm nak saket je lg..phatian dberikan spenuhnya..rutin ini akan blarutan hingga aku sembuh..masyaAllah..hebat sungguh kasih sayang orang tuaku..aku dberi pantang yg swajarnya..kata mak.."jangan main kucing".."jgn main habuk".."jgn masuk sukan"..semua itu aku patuhi tnpa byak soal..hingusan lg waktu itu..yang aku fahami,semua itu demi kesihatan puteri tersayang..

bila mnginjak dewasa,kasih sayang orang tuaku tidak pernah luntur..cuma cara pnyampaian mreka berbeza..mreka lagi senang melihat aku b'usaha sndiri terlebih dahulu..mahu melihat anaknya berdikari..jaga kesihatan diri sendiri..kesihatan mereka pun aku x terjaga..astaghfirullah..anak bagaimanakah aku ini? terbukti kasihnya mereka padaku apabila mreka membelikan ku ubat..risau agaknya bila melihat puterinya sudah 2 hri tidak kebah sakitnya..ubat yg berlainan jenis..dbeli berlainan tempat oleh 2 org yg berlainan jantina..hehehe..masyaAllah..mreka berlumba2 mahu melihat kesembuhanku..

terima kasih tidak terhingga aku utuskan padaMu ya Rabb atas kiriman penjagaku ini..

buat yang terluka..percayalah..aku tidak pernah mhulurkan salam persahabatanku utk kamu membenciku..sungguh..aku mnyayangi dirimu..sbb itu aku dahulukan persahabatan dlm hubungan kita kerna bagiku persahabatan itu sgt terjamin kesetiannya..sungguh aku tidak mahu kehilanganmu..biar waktu yang menentukan apa yang terjadi pada kisah kita..sungguh..aku tidak cukup sempurna untuk menyempurnakanmu buat masa ini..yang ku harapkan,terimalah salam sahabat dariku tanpa melibatkan permainan hati..andai kau tahu sayang ku pada sahabat melebihi sayang pada cinta2ku yg telah lalu..harus bagaimana lagi untuk aku katakan padamu..moga dimengerti
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

-kesimpulan-

"hanya dari kesimpulan itu sahaja sudah nampak titik terangnya..harus bagaimana lagi?"

termenung seketika..kaku tangan untuk terus mjawab..jika dijawab,akhirnya aku juga seperti yg bersalah..tidak mungkin aku dpt mngatasinya dlm bkata-kata..sungguh..orgnya hebat bila bmadah..akhirnya,aku memutuskan untuk tidak dpanjangkan cerita..biarlah..katanya lebih baik begitu..dia dgn ksimpulan awalnya..biarlah..aku pun tidak ingin terus berdebat dgnnya..setelah bbrapa bulan aku dan dia terpisah oleh waktu..aku x mahu mnambah deritanya lg..yg mampu aku ungkapkan hnya "smua yg tbaek buat kamu.." ya..mmg aku harapkan semua yg tbaek buatnya..moga2 tiada lg penderitaan buat dirinya..

terkadang aku terfikir hadirku cuma mnambah bebannya..mbuat hidupnya makin suram..tiada la senda gurau dia dan teman2nya di laman sosial..bila hadirnya aku,dia pula mula mjauhkan diri dari aktiviti sosialnya..katanya mahu mberi waktu pada teman2nya untuk saling bkongsi suka dan tawa bersama..ntahla..ini mungkin kesimpulan awalku pula..

cuma kadang2 hatiku mberontak dgn setiap kesimpulan awalnya..tp..tidak mngapalah..biarkan saja..mungkin dia bahagia dgn caranya..scra jujurnya,rmai yg mnagkui mreka memahami ku..tp,pcayalah..tiada 1 pon antara mereka yg btul2 faham dgn diriku..aku x pernah minta untuk difahami..cukuplah dgn cara aku memahai mreka dan sdaya upaya untuk tidak mlukai mreka..itu yg aku cuba usahakan untuk stiap perkenalan..terutamanya lelaki..
terkadang aku lelah dgn karenah mereka..b'usaha sbaek mungkin mjaga hati mreka..tp akhirnya tercalar juga..begitu juga dgn hatiku..ikut tercalar skali..terkadang juga timbul rasa sesal di dalam hati..mengapa aku hadir dlm diri mreka dan akhirnya aku juga yg mbuat mreka tluka..walaupun tnpa kehendak ku?? maafkan aku kalian..

jujurnya..buat masa ini aku tidak mahu terjebak dgn permainan hati..aku rela bersahabat dari bercinta..kerana sahabat sudah terjamin setianya berbanding cinta..dan aku ada pendirianku sendiri..aku bukan wanita solehah untuk meraih cinta dari lelaki soleh..bukan juga wanita baik untuk meraih cinta lelaki yg baik..ssungguhnya dosaku bagaikan pepasir di pantai..dan aku cuba berusaha utk tidak mnambah dosa2 itu dgn berdepan kemurkaanNya lg..sungguh..aku hnya mharapkan cinta dariNya setelah puas aku terjelopok dgn cinta yg mngundang kemurkaanNya..

biarlah apa ksimpulan mreka thadapku..biarlah..harapku cuma satu..moga Allah SWT mrestui niat suci ku..mcari cinta melalui cintaNya..
maafkan aku

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Thursday, August 18, 2011

-apolah naseb-

Assalamualaikum..

adehhh..aku xtaw la nk mula dr mane neh..xtaw la nk bebel ape..xtaw nk type ape..tp pe yg aku taw hri ni naseb aku x baek sgt..xtaw la pe nk jdik ngan aku neh..fauziah..ooooooooo fauziah..adehh tuzkicrazyrabbitemo

seharian x sehat..dr semalam lg..bersin..bersin..dan bersin lg..tu la akibatnye mkan seafud x hengat dunia..ko mampu?? bile dh bersin 24/7,op kos la bdan letih kan..sgt2 letih tahuuu..tauhu pon x letih cmneh..tuzkicrazyrabbitemo
rs nk tdo je..tp x leh la kan..name pon pose..tp aku dh tertdo jugak la kan..sbb dh tlampau letih..tuzkicrazyrabbitemo
bile bdan dh letih,emosi pon dh x stabil..rs cm nak mrah je sume org hri neh..tp aku x mrah la kot..yg mane rs2 nk pncing mrah aku tu,better aku diam la kan..dlm hti bkata "bek xyah lyan..lyan kang abes org yg tidak bdosa 2 kne mrah.." aku taw niat mreka hnya bgurau..tp dgn keadaan aku yg sgt letih neh cm slah timing je kan dorg ajak bgurau..tuzkicrazyrabbitemolgpon demam aku xdelah terok mane pon..bersin je agak terok..smpai tkuar jugak la darah dr lobang idong neh..kalo kuar darah tu kire dasat x?? x kot kan..sbb aku siap leh tunjuk kat mak aku lg dgn bkata "mak..darah.."..mak aku pon mjawab.."eeeuuuww"..so,kirenye x siyes la kan..sbbnya aku masih mmpu bdiri dan bjalan ke arah mak aku lalu mnunjukkan darah itu..hohohohohohoho  tuzkicrazyrabbitemo  pastu pulak,pesbuk aku lak bt hal..si mark zukembeg ni ha..pe hal ntah nk bgurau dgn aku gak..dh x leh login..bliau kate pesbuk aku kne lock 24/7..apekah?? tuzkicrazyrabbitemo btol2 la mnguji ksabaran aku..taw la ni bulan pose..xyah la nk test saba aku smpai cmni skali mark zukembeg pon..tuzkicrazyrabbitemoadoiyaiii..bsabalah wahai fauziah..shari je pon..sok ko marathon muvie puas2 la ek..2 pon kalo larat..tuzkicrazyrabbitemook lah kwan2..x larat dh..sok2 je la smbung..2 pon kalo mampu..tuzkicrazyrabbitemo ok..tata kawan2..selamat malam..peace yawww!! tuzkicrazyrabbitemo


Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Monday, August 8, 2011

andainya..


andainya dia tahu..
yang aku tahu dia sdang mngintaiku..
andainya dia tahu..
aku amat memahami setiap patah coretan siratan yg dikaranginya..
andainya dia tahu..
apa yg cuba dia sampaikan dibenak ku tentang luahannya padaku tidak sia-sia..
andainya dia tahu..
aku hargai setadah perassan suka yg dia ciptakan untukku..
andai dia tahu semua ini..
adakah dapat menggembirakan hatinya..
yg sekian lama derita tanpa bahagia..
walaupun dia tahu kemungkinan jawapan yg akan dterima..
sungguh..
aku tidak pandai dalam permainan hati..
permainan hatiku sering bertemu dengan kegagalan..
yang akhirnya akan merapuhkan hati ku sendiri..
sungguh..
hatiku x kuat untuk menerima kegagalan lagi..
aku senang begini dari kecewa lagi..
maaf..
ku sangkakan kehadiranku akan meringankan penderitaanmu
ternyata aku salah..
sedikit pun tidak meringankan..malah membebankan..
hinggakan aku terfikir..
apa betul caraku menghulurkan kembali salamku padamu..


niatku mahu kau gembira..
ceritakan apa yg terbuku dhatimu selama ini..
aku mahu bersahabat..tanpa melalui permainan hati..
sungguh temanku..
denganmu aku rasakan amat dihargai..
maaf..
aku tidak pandai membuatmu merasakan sepertiku..
maaf..sahabat..Kiki




Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Sunday, August 7, 2011

sahabat :)

entah kenapa
setiap kali aku memandangnya
hatiku merasa pilu
dari matanya yang redup itu
jelas terpancar
begitu derita hidup yang dilaluinya
entah kenapa
setiap kali aku menatap matanya
rasa bagaikan aku mahu mengalirkan air mata
tanpa perlu tahu apa yang dideritainya
tanpa perlu dia membuka mulut untuk bercerita
sepertinya
aku sudah tahu segalanya
andai dia tahu
selama ini aku melihatnya dari jauh
berharap agar hidupnya baik2 saja
berharap tiada lagi derita dalam hidupnya
berharap agar sinar bahagia kembali dalam hidupnya
aku tahu
sememangnya dia seorg yg tabah
berusaha untuk menjadi seorang ketua keluarga yg kental
berusaha mnyembunyikan derita d sebalik senyumannya
tapi
bagiku..
walaupun dia tersenyum senang
jelas derita yg ada pada raut wajahnya yg masih muda
jelas seperti x tertanggungnya derita itu di atas bahunya seorang diri
tapi..apa dayanya..itu semua ujian untuk dirinya
sahabat
maaf andainya suatu masa dahulu
aku tidak bersamamu
pergi meninggalkan dirimu
tanpa meninggalkan sebarang pesan buat dirimu
padaku..
hidupmu akan lebih baik dengan kepergianku
x sanggup rasanya aku mendengar rintihanmu
setiap kali kau mencari peluang untuk berbicara denganku
kini
aku kembali untuk bersahabat
walaupun mungkin tidak seerat dahulu
ku harapkan ianya hingga akhirat
sahabat
bangunlah kau dari masa silam mu
kembalikanlah semangat dalam jiwamu
tunjukkan pada dunia kau seorang yang hebat
jangan sesekali meratapi pada benda yang bukan milik kita
bertuahnya dirimu
kerana Allah SWT sayang padamu sahabat
DIA menurunkan ujian buatmu
kerna DIA tahu kamu mampu melaluinya
senyumlah sahabat
kerna kamu memperoleh cinta yg lebih hebat~ 



Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Wednesday, August 3, 2011

Kerana Aku Mencintai Kamu..

Assalamualaikum sahabat2ku..

korg btpe je hri ni?? haruslah keje kan..dh tu nk bt pe lg..btol gak tu..bt2 tnya lak aku neh..adoiyaiii..tp de je yg keje tdo hri ni..cm aku xtau..
haaaa~
jap lg nk masuk zohor neh..ayuh2..cergaskan diri masing2..yg mane bley jemaah tu,elok sgt la gi jemaah kat surau2 atau masjid2 tdekat..jgn tau tdo je dlm surau..(aku pon slalu je tdo dlm surau dlu)
hri ni aku mmg xde kje laen..memandangkan aku xde kje,aku gi selongkar blog akuislam.com..byak kot artikel2 yg mnarik yg aku rs nk share je sumenyer ngan korg..tp aku x srajen tu la kan..nk ilmu kne la rajen sket..gi bc sndri sane tuh.. (kejam kan aku??)
kat cni aku nk share 1 artikel rentetan dr post aku yg tajuknye lebey kurg cmneh bunyiknyer.."cintailah dlm diam.." ade ke post aku tajuknyer cmtu?? cm xde je..kalo xde korg gi la google trnslate ek..crik yg mane sinonim dgn tajuk td..hohohohohoh~ 

okeylah..mari mulakan~


Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu.Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”.“Wahai Allah, aku meminta kepada-Mu kecintaan kepada-Mu, Kecintaan kepada orang yang mencintaimu, serta aku meminta amalan yang dapat mengantarkan aku kepada cinta-Mu.”

“Kerana Aku Mencintaimu”
Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu

Kerana cintaku padamu,
tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah

Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.

Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

Sebab…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..

Namun bagiku… 
Aku mecintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,bukan kerana ku membencimu….

Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..

Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..

Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..

Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..

Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku…. 

Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~
hokehhh..bru 1 artikel..nt kalo aku tlebey rajen aku crik lg mane yg besh2 utk korg k..nk zohor jap..

slamat membaca kwan2~ 



Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..