Friday, May 17, 2013

Rindu

Rindu..
Mana yg lebih baik?
Diluahkan atau dipendam?
Jika dipendam, makan hati..
Jika diluahkan, makan diri..
Mana yg akan mendatangkan kebaikan pd si perindu?
Bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak..
Terlepas dari mulut buaya, mulut harimau sudah ternganga menunggu..
Ape pun kesimpulannya, si perindu tetap perlu mngorbankan 1 keadaan..
Sama mahu ditelan, atau diluah..
Sama ada mahu duduk di dalam mulut buaya, atau berubah angin ke mulut harimau.. (walaupun sy x pasti dlm mulut harimau ade angin atau tidak. Mungkin angin kan kluar waktu harimau sendawa. Harimau pndai sendawa ke?)
Buat masa ini, si perindu mahu mngorbankan hati..
Sama saja keadaannya..
Hati adalah raja dlm diri..
Bagaimana keadaan rakyatnya bile raja sudah mangkat?


Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Monday, May 6, 2013

Halimunan

Malam yg dingin..
Hujan turun bertimpa2 di atas awning tingkap rumah ku sehingga memecahkan bunyi yg sgt bising. Sehinggakan bunyi mesin basuh yg sdg menjalankan pekerjaannya pun tenggelam dek bunyi awning yg sgt memeritkan telinga. Tu belum lg nk cite bgaimana seksanya nk tgok tv waktu begini. Jawabnya faham2 sendiri la apa yg tv tu bunyikan. Pasanglah skuat mana pun volume, xkan dpt mngalahkan bunyi hujan yg trun bertimpa di awning tingkap rumahku.

Malam yg dingin ini juga turut membuatkan hati ku sayu. Sayu dgn keadaan org sekeliling. Sepertinya tidak tahu menghargai kehadiranku di sisi mereka. Kelembutan hanya tahu dibalas dgn kekasaran. Apa, tidak wujud lagikah org yg tahu berlembut?

Andai aku dapat menghalimunankan diriku, & duduk di 1 bilik sendirian tanpa memikirkan keadaan sekeliling utk smentara waktu..alangkah lapangnya rs dada & kepalaku..;(


Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Sunday, December 16, 2012

3 Serangkai

Perselisihan..

Perselisihan sering terjadi antara 2 pihak apabila masing-masing mempunyai pemahaman berbeza tentang sesuatu perkara.
Contohnya ; Abu sedang menggosok baju
Pemahaman Pihak 1 : Abu sedang menggosok baju dengan menggunakan seterika
Pemahaman Pihak 2 : Abu sedang menggosok bajunya yang kotor itu dengan menggunakan sabun
2 2 ayat penyata di atas boleh saja diterima secara logik akal. Kedua-duanya juga tiada salahnya untuk diterima secara terbuka. Mungkin saja selepas mencuci baju yg kotor itu, Abu mahu m'iron bajunya.

Jika kedua-dua pihak saling menerima pendapat, mereka bukan saja boleh terus hidup dalam keadaan aman dan tenang, malah boleh juga menambah pengetahuan dan pengalaman melalui cara belajar dengan pendapat pihak yg berlainan. sekurang-kurangnya selepas ini setiap pihak boleh mempelbagaikan pendapat mereka. Dan perselisihan akan terjadi apabila masing2 sangat keras kepala untuk menerima pendapat pihak lain dan itu juga merupakan masalah terbesar saya.


Perbandingan..

Siapa saja yang suka akan perbandingan? Tambahan pula perbandingan itu dibuat dengan membanding2kan diri kita dengan org disekeliling kita. Lainlah kalau mahu dibandingkan dengan tokoh2 yg kita kenal melalui kebaikan mereka yg telah dicanang di bumi ini.
Sakit hati bukan apabila orang suka membanding2kan kita dengan yg lain?
Contoh ; "Cuba kau tengok anak Cik Timah tu, pakai kereta besar. Kau tu apa yg ada?? "
Atau adakah anak derhaka yg berkata begini pada emaknya, "Beruntung si Siti tu punyai emak seperti Cik Timah. X pernah pun membanding2kan anak2nya dgn anak org lain."  Pasti saja mulut anak derhaka itu sudah ditampar.
Pada saya apabila perbandingan itu dibuat, jelaslah orang yang dibandingkan itu bukan yang terbaik untuk org yg membandingkan.


Tanggungjawab..

Saya tiada apa mahu dikupaskan dalam bab tanggungjawab ini. Sebabnya saya rasa saya masih belum arif tentang tanggungjawab. Dalam menjawab soalan pun saya dikatakan tiada tanggungjawab. Sebab itu saya rasa saya belum layak bertanggungjawab dalam menulis soal tanggungjawab ini..



Sekian..

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Friday, October 19, 2012

Buat Si Jantung Hati 2~

2 hari sudah berlalu..
2 hari ini jugalah hari2 saya diselubungi kerinduan dan kesunyian..
hanya kerana dari sikap saya sendiri yang cuai dalam menjaga perhubungan ini..
ahh..tidak mengapalah..mungkin ini cara dia menghukum..jd, saya harus terima..

sambungan..

......dia begitu yakin bahawa saya hanya dihantar oleh kakak saya seperti apa yang telah saya beritahu kepadanya. Lalu, dengan gaya machonya die beramah mesra dengan kakak. sambil itu, saya kenalkan pula kepada adik saya. Dia nampak sedikit terkejut. Mungkin kerana dia tidak menyangka yang adik saya juga ikut menghantar. Lalu dia pun beramah mesra juga dengan adik saya. Akhir sekali, saya tunjukkan padanya mak saya. Hahahaha. Dia nampak sangat cuak. Kelam kabut dia mengalih tempat duduk dan duduk bersebelahan dengan mak saya. Lalu dia bersalaman dan mencium tangan mak saya. Terus saja dia berbual2 dengan mak dalam keadaan cuaknya yg masih jelas terpancar. Hahahaha. Setelah beberapa minit beramah mesra dgn keluarga saya, kami meminta diri utk bgerak ke KL. Itulah kali pertama selepas umur 18 tahun saya menaiki train. Jakun kan saya =="
Jika bukan kerana dia, pasti smpai skg saya xtau cmne nak naek tren. Dan yg pastinya, smpai skg juga saya x pernah naik train sendirian =..="

Lalu, kami pun bergerak menuju ke KL dgn menaiki train. 1st date saya di MidValley. Dan itu juga kali pertama saya smpai di sana. Semuanya kali pertama terjadi sewaktu kali pertama saya berjumpa dengannya. Sepanjang waktu di dalam train, kami terus berbual dan bergurau. Sepertinya saya dengan dia sudah selalu berjumpa. Dan terasa saya mempunyai kimia yang kuat dengan dia ;)

Sampai saja di MidValley, tempat pertama yang kami tuju adala McDonalds. Perut pun sudah berkeroncong akibat dari waktu panjang yang diambil sepanjang perjalanan kami ke sana. Selesai mengisi perut, kami ke kaunter tiket wayang dan membeli tiket tanpa berfikir panjang. Sambil menunggu waktu siaran ditayangkan, kami ke kedai buku untuk mencari buku yang dicari2nya. Dan akhirnya dia sangat gembira apabila bertemu juga dengan buku yang dicari2nya selama ini. :)

Sampai waktu kami menonton wayang. Nak tahu cerita apa yang kami tengok? Jeng3..
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Monday, October 15, 2012

Buat Si Jantung Hati~

Petang yg mendung..tp..ade matahari..hihi

Hari ini saya perlu balik ke Balakong lg.. Ini adalah kerana saya mahu memberi peluang dan keselesaan kepada teman serumah merangkap teman sebilik saya yang menerima kunjungan keluarganya yang datang dari jauh yakni Kelantan.
Toksah panjang cerita, mari kite pegi ke isi2 yang berkenaan dgn tajuk.
Sewaktu saya di dalam bas mini yg penuh dgn manusia bhimpit2, x kurang jugak yg xde budi bahasa nk bg budak kecik 4 taun duduk, saya terlihat sebuah keluarga yang baru keluar dari perut bas mini yang saya naiki itu. Ade ayahnya yang sgt menjaga anak lelakinya yg berumur >< 4 tahun, ibunya yang sedang mengendong baby kecil, dan mungkin lg sorang itu makciknya. Walaupun mereka hanya menaiki bas, tp dari riak wajah mereka menunjukkan yang mereka sgt gembira dgn kehidupan mereka jika nak dibandingkan keluarga yang meniki kereta keluar bersama tetapi riak wajah mereka sentiasa keruh. Saya melihat anak lelaki kecil itu dan juga ayahnya yang begitu menjaganya berjalan. Langsung saya teringat kepada buah hati saya. Saya pernah terlihat gambarnya ketika umurnya sebaya anak lelaki itu. Masih saya ingat senyumnya dalam gambar itu. Dia tersenyum dgn menampakkan hampir kesemua giginya atas dan bawah, dengan mata dipejam serapat-rapatnya dan juga bedak putih yg comot di muka. Hehe.. Sungguh comel dia pada waktu itu.. Mungkin juga anak kami nanti secomel dia.. Ahh.. Jauhnya angan-angan saya.. Lalu saya terbayangkan keluarganya seperti keluarga anak lelaki td.. Saya jadi tersenyum sendirian..

Setiap detik, setiap waktu, apa jua keadaan saya pasti mengingati dirinya. Terkadang saya adaptasi keadaan itu menjadi dirinya. Seperti keluarga anak kecil td.. Hehe..

Sedang saya bermonolog dalaman sendirian di depan laptop ni, saya jadi teringat waktu pertama kali kami bertemu secara realiti..27 November 2011 tarikh keramatnya.. waktu pertama kali bertemu itulah saya ditemani emak, kakak, dan juga adik perempuan saya.. Menunggu trainnya sampai terasa jantung mahu terkeluar dari letaknya..Pabila sampai saja trainnya saya mula tercari-cari kelibatnya. Begitu juga peneman2 saya.. Hahaha. dan kami mula bermain teka teki yang mana satukah dia?  Akhirnya, pabila semakin mendekat saya mulai yakin dengan kelibat yang saya nampak. Serba hitam dari atas ke bawah. Dengan Becermin mata hitam, berjacket hitam, jeans hitam, dan juga kasut hitam. Cuma tshirt dalamnya putih, dan di pocket blakang jeansnya ada sapu tangan yg digantung. Nampak begitu bergaya skali dia dan suit hitamnya.. Dia sepertinya sangat mudah mengecam saya. Dan laju saja dia datang mendapatkan saya.. Sewaktu dia mendapatkan saya...........


Bersambung~ :p
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..