Saturday, October 29, 2011

istikharah cinta

Assalamualaikum pembuka bicara :)

sudah lama x menghapdet belog ini. bukan dlupakan. cuma masa tidak mengizinkan. terkadang punyai masa. tp risau jika yg bakal tertulis akan mengguris hati yg membaca walaupun bukan itu yg ingin dsampaikan. risau penulisan di belog ini akan dsalahertikan. sgt2 risau dan x mahu langsung diri ini untuk melukakan hati yg membaca. itu yg membuatkan 1 keputusan telah dicapai yakni mengabaikan belog tersayang buat sementara waktu :)

sebenarnya terlalu banyak ilham yg ingin disampaikan melalui belog ini. cuma kadang2 ilham itu datang tidak kena pada waktunya. selalunya ia datang pada waktu diri ini emosional. itu yg membuatkan tangan ini tertangguh utk terus menaip di belog. tunggu emosi reda. dan insyaAllah akan diganti pula dgn rasionalnya dlm berfikir :)

istikharah cinta. tajuk yg ingin dbentangkan pada hari ini. wahhh. dh mcam nk buat forum pulak kan.  xpe. skali skala berangan. brangan yg membawa kpd kebaikan :) kenapa tajuk ini dipilih? adakah saya dlamun cinta? jeng3. cinta terlalu subjektif. apa yg pasti sudah tentu soalannya itu tertumpu kepada cinta kpd bukan yg mahramnya dan berlainan jenis ye tuan2. hurm. dulu hati ini pernah berjanji, tidak mahu bercinta sebelum bernikah. kerna selalunya cinta seperti itu sering menemui kegagalan. sebabnya tiada rs tanggungjawab dlm diri yg bercinta. tp, rasanya saya sudah terjebak ke arah itu sekali lagi. fitrah manusia. ingin disayangi dan menyayangi :)
cuma apa yg sering blegar2 dlm kepala ini adalah persoalan, "benarkah dia untukku?" kenapa persoalan ini sentiasa bermain2 di dalam kepala. mungkin silapnya pada diri sendiri. tidak istikharah sebelum menerima. bukan mungkin. tp mmg nyata itu silapnya saya. sampai skg istikharah itu tidak terbuat. sebabnya sgt liat utk bgun di 1/3 malam. hehehe.
di hati ini tekad. akan dilakukan juga istikharah dalam masa terdekat ini. sebabnya tidak mahu ada yang terluka jika sayang itu semakin mendalam. yg jelasnya kedua-duanya akan terluka jika bukan itu yang tertulis untuk kami. terkadang hati terdetik, salahkah aku kerna menerimanya. hati ini tidak kuat untuk terus bertahan. untuk berlagak kering. sungguh hati ini sudah mencair dgn hadirnya dia. bahagia sudah mulai terukir dan hati sentiasa tersenyum.  tp apa yg pasti kerisauan itu sentiasa terbit di celahan setiap senyuman itu.
apa langkah yg perlu diambil buat masa ini? sementara istikharah belum terlaksana, didiklah hati agar tidak terlalu mencintai. tidak terlalu menyayangi. siapkan diri dengan apa jua kemungkinan. kuatkan kubu2 pertahanan hati agar tidak rebah lagi jika cinta itu tidak kita miliki.

"Ya Allah..jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dgn hatiku..jika dia bukan milikku. tabahkanlah hati ku dengan ketentuanMu" 
-permatayangdicari-
 

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

No comments:

Post a Comment