Saturday, February 4, 2012

cuti panjang lagi!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya akan cuba sedaya upaya saya untuk meng"atastarikh" (update) blog saya dengan menggunakan BMT yakni Bahasa Melayu Tinggi. Ini adalah kerana saya sangat terpengaruh dengan novel yang saya baca hasil karya Bahruddin Bekri yang bertajuk Diari Mat Despatch.

Seperti yang kita semua sedia maklum, tajuk blog saya hari ini adalah "Cuti Panjang Lagi!!". Kenapa saya meletakkan tanda seru dibelakang tajuk itu? Ini adalah kerana saya sangat teruja apabila mendapat cuti panjang yang bukan saya sendiri dapatkan. Cuti ini diberikan oleh kerajaan Malaysia sempena Sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 5 Februari 2012 dan juga Thaipusam yang jatuh pada 7 Februari 2012. Cuti Sambutan Maulidur Rasul yang kebetulan jatuh pada hari Ahad digantikan ke hari Isnin. Bermakna, secara tidak langsung, saya telah mendapat cuti 4 hari, bermula dari hari Sabtu hingga Selasa.

Huh! Panjang juga ayat-ayat yang perlu digunakan untuk menjayakan BMT di dalam blog saya ini ya.

Kita teruskan ke cerita seterusnya.

Malam semalam, iaitu Jumaat malam, saya dan adik saya Abdullah Zharif pulang ke Balakong dengan menunggang motosikal. Itu adalah rutin kami setiap minggu. Cuma tempatnya saja yang berubah-ubah. Selalunya kami akan pulang ke Batang Kali. Tetapi minggu ini kami pulang ke Balakong disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Sampai saja di rumah, tidak sampai setengah jam saya mula bersin-bersin. Hal ini sering terjadi apabila saya pulang ke rumah yang ada kucing! Di Balakong, emak saya membela seekor ibu kucing yang bernama Puan Tom bersama 2 ekor lagi anaknya yang masing-masing bernama Belang dan Putih. Itu baru membela. Dulu, keluarga kami pernah sampai ke tahap menternak kucing. Kenapa dikatakan menternak? Ini adalah emak, kakak, dan adik-adik saya adalah pencinta kucing. Dan kucing yang dibela seekor pada mulanya memanjangkan zuriat sehingga lebih daripada waris yang ketujuh! Subur betul kucing-kucing kami. Hebat bukan? Teapi itu semua cerita lama dan terjadi di Batang Kali. Sekarang, di Batang Kali hanya tinggal seekor saja kucing kami yang bernam Encik Domot.

Eh. Semakin jauh tersasar dari tajuk asal pula saya. Berbalik kepada cerita saya yang mulai bersin-bersin tadi. Kemudian malam itu juga saya tidur dalam keadaan semput. Nafas saya berbunyi kuat. hidung tersumbat. Ya Allah. Seksanya tidur saya. Tidak nyenyak dibuatnya. Saya sering terjaga sehinggalah keesokkan paginya. Pagi ini saya ada temuduga di Kajang. Di Syarikat Al-Jabbar. Seperti yang dijanjikan, saya perlu sampai pada jam 10.30 pagi. Tetapi saya sampai awal 15 minit. Sikap itu yang harus ditunjukkan kepada penemuduga supaya mereka akan memberikan pandangan yang baik kepada kita. Biar kita yang tunggu penemuduga, jangan mereka pula yang tunggu kita. Itu boleh meranapkan angin baik mereka. Apabila angin penemuduga tidak baik, ianya sekaligus akan meranapkan impian dan peluang anda untuk bekerja di syarikat mereka. Pagi itu saya ditemuduga oleh 2 orang lelaki. Seorang muda dan seorang lagi agak berumur. Seorang kacak dan seorang lagi sederhana orangnya. Yang muda itu memang orang yang perlu saya berjumpa dengannya untuk ditemuduga. Itu yang telah diberitahu melalui telefon. Namanya Encik Razuandi. Orangnya sekali imbas seiras dengan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan. Kacak, muda dan bergaya orangnya. Dan biji mata saya seolah-olah mempunyai gam gajah dan hanya melekat diwajahnya saja. Orangnya pula sangat murah dengan senyuman. Aduhai! Lagi seorang pula seorang lelaki tua yang beperwatakkan lemah lembut. Cara cakapnya lemah lembut. Duduknya terkepit saja. Nasib baik jalan dan penampilannya masih seperti seorang lelaki normal. Mungkin beliau memang dilahirkan sebagai seorang lelaki yang lemah lembut.
Lebih kurang setengah jam temuduga saya berjalan dengan lancar. Akhirnya Encik Razuandi meminta saya melapor diri pada 10 Februari 2012 ini. Alhamdulillah, betullah seperti apa yang dikatakan. Rezeki itu ada di mana-mana. Maknanya, selepas ini saya hanya ada masa 2 hari sahaja di LHDN dan perlu mnyediakan surat berhenti kerja. Surat itu nanti perlu saya sampaikan kepada Abuya (Encik Ash'ari Bin Haji Komeng, Pegawai Pentadbiran Gred 32) pada hari Rabu atau Khamis nanti.

Bersambung..

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

No comments:

Post a Comment