Tuesday, February 21, 2012

sambungan dari bersambung..

...
sudah hampir 2 minggu saya bekerja di Aljabbar Healthcare sebagai kerani akaun. hampir 2 minggu juga saya seperti mahu mati kebosanan. sebabnya kerja saya macam biskut chipsmore. "kejap ade, kejap xde". nasib baiklah ada kawan baru masuk. namanya Farah. nama penuhnya saya tidak tahu pula. kalau tiada kawan baru mahu basi air liur saya dibuatnya sebab tidak bercakap selama 9 jam setiap hari. saya juga boleh kurus sebab tiada selera makan. ini disebabkan apabila kita makan seorang diri, perasaan lapar itu seperti tidak wujud dalam diri. bosan makan seorang diri. sudah macam tiada tujuan hidup. bukan saya tidak mahu berkawan dengan senior2 yang ada. mereka semua baik2 belaka. cuma masalahnya mereka tidak pernah pun mengajak saya makan bersama. sudah la saya ini tidak mempunyai kenderaan. kedai yang berdekatan dengan pejabat itu pun tidak banyak pilihan. sebab itu saya sanggup berlapar dari makan. sudah la mahal. kalau setiap hari makan makanan yang mahal, bagaimana saya mahu menyimpan duit untuk berkahwin?
sudah. tutup cerita pasal kerja.

masuk topik baru iaitu temujanji. hohohoh.
ahad lepas saya telah mengadakan temujanji dengan buah hati saya. kami berjanji untuk berjumpa di the mines. hanya sejengkal jaraknya dari rumah saya. tapi, yang lambat sampai saya juga. lambat sejam. (*jangan amalkan untuk temujanji anda) sampai saja di sana, saya mencari-cari kelibat beliau. saya menghantar khidmat pesanan ringkas untuk bertanyakan beliau di mana. tetapi beliau tidak menjawab soalan saya. akhirnya beliau juga yang menjumpai saya. tetapi muncung beliau sudah panjang sedepa dan tidak menghiraukan saya yang tersengih-sengih macam kerang busuk. beliau pun menonong mencari tandas tanpa memberitahu saya. saya cuba mengejar, tetapi kasut emak saya yang saya pinjam dan pakai pada hari itu tercabut pula. jadi, saya membuat keputusan untuk duduk di bangku berdekatan lalu menghantar khidmat pesanan ringkas kepada beliau untuk memberitahu keadaan saya. selesai ke tandas beliau pun datang kepada saya. lalu terus mahu mbetulkan sandal saya yang tercabut itu. berbagai usaha yang beliau lakukan untuk memperbaikinya. dari aras bawah sampai la ke aras atas beliau cuba membaiki sandal saya itu. sepanjang masa itu juga saya berjalan terhincut-hincut seperti tercedera. berkali-kali saya mengajak beliau untuk mencari sandal baru. tetapi beliau tetap berkeras mahu membaikinya sampailah ke satu tahap yang tidak boleh dielakkan lagi, akhirnya beliau setuju mencari sandal baru bersama-sama.

xde mud..sambung lagi nanti..
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

No comments:

Post a Comment