Sunday, December 16, 2012

3 Serangkai

Perselisihan..

Perselisihan sering terjadi antara 2 pihak apabila masing-masing mempunyai pemahaman berbeza tentang sesuatu perkara.
Contohnya ; Abu sedang menggosok baju
Pemahaman Pihak 1 : Abu sedang menggosok baju dengan menggunakan seterika
Pemahaman Pihak 2 : Abu sedang menggosok bajunya yang kotor itu dengan menggunakan sabun
2 2 ayat penyata di atas boleh saja diterima secara logik akal. Kedua-duanya juga tiada salahnya untuk diterima secara terbuka. Mungkin saja selepas mencuci baju yg kotor itu, Abu mahu m'iron bajunya.

Jika kedua-dua pihak saling menerima pendapat, mereka bukan saja boleh terus hidup dalam keadaan aman dan tenang, malah boleh juga menambah pengetahuan dan pengalaman melalui cara belajar dengan pendapat pihak yg berlainan. sekurang-kurangnya selepas ini setiap pihak boleh mempelbagaikan pendapat mereka. Dan perselisihan akan terjadi apabila masing2 sangat keras kepala untuk menerima pendapat pihak lain dan itu juga merupakan masalah terbesar saya.


Perbandingan..

Siapa saja yang suka akan perbandingan? Tambahan pula perbandingan itu dibuat dengan membanding2kan diri kita dengan org disekeliling kita. Lainlah kalau mahu dibandingkan dengan tokoh2 yg kita kenal melalui kebaikan mereka yg telah dicanang di bumi ini.
Sakit hati bukan apabila orang suka membanding2kan kita dengan yg lain?
Contoh ; "Cuba kau tengok anak Cik Timah tu, pakai kereta besar. Kau tu apa yg ada?? "
Atau adakah anak derhaka yg berkata begini pada emaknya, "Beruntung si Siti tu punyai emak seperti Cik Timah. X pernah pun membanding2kan anak2nya dgn anak org lain."  Pasti saja mulut anak derhaka itu sudah ditampar.
Pada saya apabila perbandingan itu dibuat, jelaslah orang yang dibandingkan itu bukan yang terbaik untuk org yg membandingkan.


Tanggungjawab..

Saya tiada apa mahu dikupaskan dalam bab tanggungjawab ini. Sebabnya saya rasa saya masih belum arif tentang tanggungjawab. Dalam menjawab soalan pun saya dikatakan tiada tanggungjawab. Sebab itu saya rasa saya belum layak bertanggungjawab dalam menulis soal tanggungjawab ini..



Sekian..

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

No comments:

Post a Comment