Sunday, December 25, 2011

kisah hati 3

petang yg panas..
tp dlm blik sejuk..
kipas pusing 2 je.. tp lajunya x hengat..

ape sbnarnya tujuan aku menhapdet belog neh? ntahlah.. yg pastinya hatiku rawan.
hati tidak lg berbunga2.. sejak semalam lg begini..
kisahnya janjiku pd incik hati tidak dpenuhi.. maka dgn itu telah mngundang kemarahan incik hati yg amat dahsyat..

jujur..aku sgt tidak suka dmarahi org tersayang.. sbbnya bile dmarahi mereka diriku akan mjadi sgt2 down. smangat hilang ntah ke mana. puncanya dari diriku juga. gatal sgt nk cari pnyakit.. nah, rasakan!

kalau x reti nk penuhi janji, xperlulah berjanji fauziah! xde maknanya! x guna! ianya akan mnyakiti hati org yg awak syg tu! dan awak juga kena tempiasnya skali. dan lebih dahsyat kesannya pd awak! bnde ni akan mkan diri awk sndri slagi org tu x maafkan awak! tanggunglah sendiri fauziah apa yg dh awak sndri lakukan!

itulah apa yg ku rasakan skrang. btul2 mkan diri. xtaw apa kesudahannya nanti. hrap x mlarat. smua kputusan tletak padanya. iye. mmg slah aku. aku akui. tp nmpaknya slah yg ku lakukan sgt besar padanya. spt x boleh dimaafkan. moga cepat incik hati sejuk.

harap semuanya berjalan lancar dan x melarat.
sgt2 sayangkan incik hati.......:'(
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Friday, December 16, 2011

November 2011

Assalamualaikum.

lama sudah sy x menghapdate belog kesayangan. bukan sengaja. tp kerna ketiadaan waktu dan juga idea. almaklumlah, hati sntiasa berbunga. bila hati berbunga terasa dunia ini saya yg punya. hohoho. lupa segala kesedihan dan keperitan yang lalu. tapi, tidaklah bermakna stiap hari hati ini berbunga. terkadang dtg juga hujan di hati. keadaan itu juga mbuatkan diri tiada langsung semangat utk menghapdate belog. sehingga mbuatkan org tsayang bjauh hati. maafkan saya :(

kenapakah tajuknya NOVEMBER 2011?
itu persoalan pertama yg akan bermain di fikiran kan? ;)
sebabnya..November 2011 sgt bermakna buat saya.
untuk sebab yg pertama adalah :-

Genapnya usia ke 24.

Alhamdulillah..genap sudah 24..umur semakin meningkat..perjalanan hidup semakin singkat..dan kematian itu semakin dekat..subhanallah T_Tmoga hidup sntiasa di dlam berkat..buat para sahabat..segunung terima kasih sebagai tnda penghargaan buat yg masih ingat..sgt2 bererti walau ada antara kita tidaklah tlalu rapat..namun penghargaan ini mbuatkan kita terasa dekat..moga ukhwah ini hingga ke akhir hayat..^^jazakumullah khairan katsira ♥ ♥ ♥
inilah yg saya postkan di wall fb saya sbgai tnda penghargaan saya pada Allah SWT kerana saya masih dberi peluang untuk mneruskan hidup dan juga pada semua sahabat yg mengingati dan menghargai saya.

untuk abah, emak, kakak, yip dan yan. walaupun x semua yg wish, tp saya tau semua ingat bday saya. wish itu x penting pd saya,yg penting mereka sntiasa ada di sisi saya dalam apa jua keadaan. itu sudah lebih dari cukup. kasih sayang mereka sgt penting buat saya :)

buat incik hati saya, apa yg sudah kamu berbuat untuk saya itu semua sudah lebih dari cukup. perasaan sayang kamu pada saya itu sudah memadai buat saya tahu yg kamu sgt2 menghargai saya. begitu juga perasaan saya buat kamu. untuk semua apa yang telah kamu berikan pada saya, terima kasih saya ucapkan. moga hubungan ini terpelihara dan direstui oleh semua pihak. aminn~ :)






Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Tuesday, November 8, 2011

sambil merepek makan kerepek

Assalamualaikum!

Siyesly, mata saya sangatlah mengantuk pada waktu ini. tp, dalam waktu yg sama, semangat saya sangat berkobar-kobar untuk menghapdet belog. nak tau kenapa? sebab.. ntahlah. saya pon xtau (dialog inspektor sahab dalam keluangman). 

Dalam masa yang sama juga, saya sedang menyelam dan sambil2 tu minum air. xdelah menyelam btul2 kengkawan. buang tebiat ape malam2 buta nak mnyelam. dah la saya ni semput. kang x pasal2 je "x dapat diselamatkan.." "ya Allah.." (*iklan accident dolu2) sape ingat iklan tu mmg mantop la kekuatan daya ingatannya. macam saya.  eh. macam dh jauh sangat dh mlalut neh. sepatutnya kene ke kajang. tp dh sampai segamat dh neh. rosak akhlak btul la dak poyah neh. mahap la yer kwan2. bukan slalu dpt mlalut mcm ni. bila pale otak weng je buleh mlalut smpai cmneh skali. sobona ea, pada waktu ini juga saya sedang melakukan 2 hal serentak. yakni membaca blog ini ==> http://dirikudrcinta.blogspot.com/ dan juga sedang bermesejan  saya sedang membaca tajuk "Ikhtilat" di belog dr. cinta ini dan isinya sgt bagus.  tp bacanya pun x abes lg le. sbb "ikhtilat" ni bersiri. (yo yo o je kan. gebang macam dh abes baca sume)

sebenarnya, saya dh lupa la apa yg nak saya mrepekkan di sini. adehh. cmne la buley lupe neh. 
ok la kawan2. saya nk pk balek apa yg telah saya lupakan sebentar tadi.

-will be right back- 
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Saturday, October 29, 2011

istikharah cinta

Assalamualaikum pembuka bicara :)

sudah lama x menghapdet belog ini. bukan dlupakan. cuma masa tidak mengizinkan. terkadang punyai masa. tp risau jika yg bakal tertulis akan mengguris hati yg membaca walaupun bukan itu yg ingin dsampaikan. risau penulisan di belog ini akan dsalahertikan. sgt2 risau dan x mahu langsung diri ini untuk melukakan hati yg membaca. itu yg membuatkan 1 keputusan telah dicapai yakni mengabaikan belog tersayang buat sementara waktu :)

sebenarnya terlalu banyak ilham yg ingin disampaikan melalui belog ini. cuma kadang2 ilham itu datang tidak kena pada waktunya. selalunya ia datang pada waktu diri ini emosional. itu yg membuatkan tangan ini tertangguh utk terus menaip di belog. tunggu emosi reda. dan insyaAllah akan diganti pula dgn rasionalnya dlm berfikir :)

istikharah cinta. tajuk yg ingin dbentangkan pada hari ini. wahhh. dh mcam nk buat forum pulak kan.  xpe. skali skala berangan. brangan yg membawa kpd kebaikan :) kenapa tajuk ini dipilih? adakah saya dlamun cinta? jeng3. cinta terlalu subjektif. apa yg pasti sudah tentu soalannya itu tertumpu kepada cinta kpd bukan yg mahramnya dan berlainan jenis ye tuan2. hurm. dulu hati ini pernah berjanji, tidak mahu bercinta sebelum bernikah. kerna selalunya cinta seperti itu sering menemui kegagalan. sebabnya tiada rs tanggungjawab dlm diri yg bercinta. tp, rasanya saya sudah terjebak ke arah itu sekali lagi. fitrah manusia. ingin disayangi dan menyayangi :)
cuma apa yg sering blegar2 dlm kepala ini adalah persoalan, "benarkah dia untukku?" kenapa persoalan ini sentiasa bermain2 di dalam kepala. mungkin silapnya pada diri sendiri. tidak istikharah sebelum menerima. bukan mungkin. tp mmg nyata itu silapnya saya. sampai skg istikharah itu tidak terbuat. sebabnya sgt liat utk bgun di 1/3 malam. hehehe.
di hati ini tekad. akan dilakukan juga istikharah dalam masa terdekat ini. sebabnya tidak mahu ada yang terluka jika sayang itu semakin mendalam. yg jelasnya kedua-duanya akan terluka jika bukan itu yang tertulis untuk kami. terkadang hati terdetik, salahkah aku kerna menerimanya. hati ini tidak kuat untuk terus bertahan. untuk berlagak kering. sungguh hati ini sudah mencair dgn hadirnya dia. bahagia sudah mulai terukir dan hati sentiasa tersenyum.  tp apa yg pasti kerisauan itu sentiasa terbit di celahan setiap senyuman itu.
apa langkah yg perlu diambil buat masa ini? sementara istikharah belum terlaksana, didiklah hati agar tidak terlalu mencintai. tidak terlalu menyayangi. siapkan diri dengan apa jua kemungkinan. kuatkan kubu2 pertahanan hati agar tidak rebah lagi jika cinta itu tidak kita miliki.

"Ya Allah..jika dia benar untukku..dekatkanlah hatinya dgn hatiku..jika dia bukan milikku. tabahkanlah hati ku dengan ketentuanMu" 
-permatayangdicari-
 

Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Tuesday, October 4, 2011

-hati! sedialah!-

..termenung panjang aku membaca tiap patah kata yg datang darinya petang tadi. eh. sblum ni pon memang stiap patah kata yang datang darinya membuat otak aku ligat berfikir dan termenung panjang. smemangnya stiap patah kata yg datang darinya itu sgt bermakna buatku seperti mana bermaknanya dirinya padaku :)

sejak dari petang tadi..sejak dari dia berkata begitu padaku..hatiku mula rasa x sedap..tangan sejuk2. eh. nape neh? xtaw nak rasa apa skg neh. mungkin takodd dgn apa yg bakal terjadi. adehh. nk type kat cni pon aku rs semacam. jap2 benti. tarik nafas dalam2. be strong fauziah. ko kata ko dh ready dgn apa pun yg bakal terjadi. xkan baru digertak sket jiwa ko dh kcau cmneh. aku harap aku ready. tp aku x boleh nak tipu diri aku sendiri. hati aku ni, dari dulu lagi kan aku memang dh tau cmne jenisnya. jenis yg mudah sayang kat orang. dah la tu fauziah. ko sayang je la kat dia mcm mana yg dia nak. sayang. tp jgn terlalu sayang. itu yg aku cuba buat mulai saat ini. harap boleh kan :) mungkin untuk kebaikan aku. dan juga untuk kebaikan dia. aku cuba buat apa yg dia nak. harap boleh. kuatkan hati ye fauziah. :)

aku mesej pon dia x reply. xpelah. mungkin dia perlukan masa untuk berfikir. jangan kacau dia k fauziah. mungkin dia tengah serabut tu.

haihhhhhh. sejak dari petang tadi aku asik menarik nafas yg sangat dalam. cuba memberi kesediaan kepada diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Allah! berikan kekuatan yang luar biasa untuk hati kecil ku kali ini.

tidurlah fauziah. mungkin esok pagi ko bangun ko akan lupa semua apa yang terbeban dalam benak ko malam ni. tidurlah. bagi dia masa untuk dirinya. jangan kacau dia. tidurlah. moga esok akan kembali seperti sedia kala. dan harapnya esok semua akan lebih baik dari hari ini. syafakillah fauziah :)
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..