Saturday, October 13, 2012

Dingin

Dingin..
Hari yang dingin..
1 hari menunggu dengan penuh sabar..
dan pabila waktu telah sampai, saya disambut dengan dingin..
Berderai hati yang berbunga dari semalam dibuatnya..
Selalu saja saya diperlakukan begini..
Dihukum tanpa saya tahu secara jelas apa kesalahan yang telah saya lakukan..Ibarat kesalahan itu sebesar salah saya membunuh orang lalu hukuman gantung mandatori dijatuhkan ke atas saya..dan ibaratnya juga saya pada waktu ini sedang menunggu detik untuk digantung..

Sering saja penjelasan saya langsung tidak mahu diterima pakai.. Pabila saya memberontak untuk mempertahankan diri, saya dikatakan kurang ajar. Mungkin saja cara saya salah dalam mempertahankan diri. Tapi, sekurang2nya cubalah terima penjelasan saya bila saya cuba terangkan secara baik, dan cubalah jangan bersikap pentingkan diri sendiri dengan cara sesuka hati menghukum saya begini.

Usaha saya siang tadi tidak dihargai malah mungkin saja usaha saya itu menjadi penyebab saya dihukum sebegini lagi. Saya juga mempunyai hati dan perasaan. Dan saya perlu pertahankan hati saya itu untuk 1 tempoh yg panjang lagi. Kalau tidak punya perasaan untuk menjaga hati saya walau sekalipun, apa salahnya hormati hati saya. 
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Friday, October 5, 2012

D.I.A.M

Assalamualaikum pembuka bicara..:)

Lama sungguh saya x mengupdate blog saya ni. Terasa rindu kerana sudah lama tidak dapat meluahkan apa yang tersirat di hati dan fikiran selama beberapa bulan ni. ibarat merindukan sahabat karib yg sentiasa menunggu kepulangan saya untuk bersua dan mendengar semua masalah saya dengan teliti dan setia tanpa menyampuk walau sepatah kata. Blog saya ni ibaratnya ketika saya meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dan fikiran, "dia" hanya mendengar dan tersenyum tenang sahaja. Ah.. Alangkah baiknya jika saya mempunyai sahabat seperti itu secara realiti..:)

Ada sahabat memberitahu saya begini,
"anda tidak akan tahu bila saya akan bernikah.Dan anda juga tidak akan tahu tentang kehidupan saya sehingga ke anak cucu."
Tanya saya,
"kenapa?"
Jawabnya,
"kerna nanti anda akan mnyebarkan cerita yang tidak2 tentang hidup saya."

Bagai tertusuk tepat ke jantung saya ayatnya itu. Terasa seperti berhenti sekejap degupan jantung ini. Walau sudah lama ayat ini diungkapkan, tetapi ayat ini sering membuat saya termenung panjang sendirian. Dan tadi, ketika perjalanan balik ke kampung, saya mengambil kesempatan itu untuk terus termenung sambil otak saya berputar ligat, bermuhasabah diri memikirkan balik kesalahan-kesalahan saya seperti apa yg dikatakan.

Bila difikir2kan balik, memang saya mempunyai tabiat buruk begitu. Niat saya sebenarnya, bukan mahu memburukkan orang, apatah lagi mahu memecahbelahkan orang. Tetapi, itulah manusia. Bila sudah duduk berkumpul beramai2, pasti ini yang terjadi :)
Saya akui, memang selalu saya bersikap begini tanpa sedar. Dan akhirnya, saya telah disedarkan oleh seorang sahabat. Mungkin sahabat saya itu terlalu marah sehingga terkeluar ayat yang mnyedarkan saya itu. Ada pepatah mengatakan, "Musuh adalah sahabat terbaik buat kita". Saya tidak menganggap sahabat saya ini musuh. Tetapi bila amarah tidak dapat dikawal, kawan boleh menjadi lawan. Dan ketika marah, kita tidak akan kisah akan hati org lain, yang penting hati kita puas. Itulah namanya perasaan musuh. Cuma bezanya musuh sgt keras hati untuk meminta maaf, tetapi tidak bagi yang bernama sahabat. :)

Saya juga suka melihat perangai orang sekeliling sambil bermuhasabah diri. Ada yang makin banyak cakapnya, makin banyaklah dia berbohong. Ada juga yang makin banyak cakapnya, makin banyaklah keaiban yang dijaja. Ada juga yang makin banyak cakapnya, makin banyaklah fitnah yang ditaburnya. Bila melihat semua ini terjadi, saya terfikir, mungkin ini lah hikmahnya Allah SWT jadikan seorang manusia yang pendiam.

Saya memang pendiam orangnya. Tapi, bila sesekali saya menyindir, pedas dan tajam bunyinya. Kadang2 bukan niat untuk menyindir, hanya sekadar bergurau. Tp selalunya gurauan itu dianggap sindiran. Itulah keburukan org pendiam :)
Lalu, saya terfikir untuk menjadi lebih pendiam dari sebelum ini.
Mampukah saya??
Kita tunggu episodnya selepas ini~

Hahahahahahahahahahahahaha!! (mud : bengong)


Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Saturday, April 21, 2012

A.H.A.D

Assalamualaikum..
mesti pelik kan kalian kenapakah tajuknya berbunyi AHAD?
ada apa dgn ahad si fauziah nur ni?
seronok sangatkah sehingga mau dikongsi bsama peminat?
huh! PEMINAT uols!! ade ke peminat si fauziah nur ni? littlegirlemoticon

sobona ea, tajuk AHAD yg diambil adalah atas ketidakpuashatian si fauziah nur ni kne bkeje pada hari AHAD.
bangun pagi td perasaan iri hati mnyelubungi diri. kenapa?? sbb tgok kakak dgan adek2 masih berbungkus dalam selimut. sodap ea korang tido. nasib baek la x ujan pagi ni. kalo x aku pon ikot berbungkus dan x semena-mena EL diambil. wahhh!! kelaz kau jah!! littlegirlemoticon
keje hari ni buat apa je?
buat apa lagi. buat2 ada keje la. hahahahahahaha!!! littlegirlemoticon
mane de keje sgt pon. buat syarat je dtg keje ni. free keje hri ahad ni. xde org pantau. janji kite buat la keje kite. jgn x buat keje langsung. bos2 sume cuti. apa lagi, bkepak la skalian makhluk yg bkeje. hohohohohoh!!!

memandangkan x banyak sgt keje yg perlu dibuat, jadi bolehlah kita manfaatkan masa sepenuhnya untuk berpesbuk dan menghapdate belog ye uols. kalo nk hrap berokband kat umah ntah taun bile la si fauziah nur ni boleh menghapdate belog. line sgt mnguciwakan diri ini. littlegirlemoticon

hokehla peminat2 belog. kak wawa dah memanggil utk mkan di ayam penyet. lapoooooo!!! littlegirlemoticon

tata uols!!!  littlegirlemoticon
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Friday, March 16, 2012

hati..

3 hari sudah berlalu.. emosi terasa cukup lelah.. lelah kerna berperang untuk melawan.. cuba untuk tidak melawan dan melayan.. tp, saya bukan begitu orangnya.. tambahan pula melibatkan lelaki yang saya sangat sayangi.. kepala memang berfikir untuk tidak mahu melayan.. tp hati terus meronta-ronta.. akal dan hati, mana yang lebih berkuasa? emosional atau rasional yang menjadi pilihan?

putus..
laju saja perkataan ini ditaip tiap kali ada perselisihan. ini semua terjadi bila hati menguasai akal. bukan perpisahan yang sangat dimahukan. tapi kebahagiaan yang tersayang terlalu diutamakan. selalunya saya yg slalu mngeluarkan kata-kata ini. itulah kebodohan saya. sama seperti budak sekolah yang baru belajar bercinta. tetapi pada saya, apabila saya mngeluarkan kata ini, hanya dia yang saya utamakan. pada saya, hadirnya saya sering membawa masalah padanya. sering membuatkannya serabut. sampaikan saya berfikir jika tiadanya saya hidupnya pasti lebih baik. sanggup saya derita asalkan dapat melihatnya dirinya tenang. itu yang selalu saya impikan. sejak dari dulu lagi. bahkan sebelum menerima lamaran cintanya lagi.

lawan..
bukan niat saya mahu melawan. tp itulah saya. mudah sangat melatah bila dicucuk. bukan niat saya mahu menjadi ketua. tp pada saya, saya perlu pertahankan diri bila yang dikatakan itu tidak benar sama sekali temtang saya. apa perlu saya berdiam diri?  jika saya berdiam diri maknanya saya mengiyakan. mungkin bertambah sakit hati dia dibuatnya. tapi, bila saya bersuara untuk mempertahankan diri juga akan menyakitkan hatinya juga. apa yang perlu saya berbuat? saya keliru..

cinta..
kenapa saya sayang dia? kenapa saya cinta dia?
sayang dan cinta saya xde sebabnya.. dan x perlu bersebab..
jika saya cintakan dia kerana kesungguhannya, mungkin 1 hari nanti dia tiada daya untuk bersungguh, saya akan tinggalkannya..
jika saya cintakannya kerana senyumannya, dan mungkin 1 hari nanti dia x mampu utk tersenyum, saya akan tinggalkannya..
jika saya cintakan dia disebabkan semua kebaikan yang ada pada dirinya, dan mungkin 1 hari nanti kebaikannya itu tenggelam dek 1 keburukan yg dilakukannya, saya juga akan tinggalkannya..
sebab itu saya cintakan dia tanpa sebab..tanpa syarat..yang saya mahu hanya hatinya.. itu sudah cukup buat saya..

bahagianya dia adalah senyumnya saya..
kecewanya dia adalah sedihnya saya..
sedihnya dia adalah tangisnya saya..
dan gembiranya dia adalah tawanya saya..



Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

Wednesday, March 7, 2012

sambungan dari bersambung yg dah sambung..

...
masih ingat lagi dengan cerita saya tentang encik yg menemu duga  saya hari itu? ye.. encik itu sudah pun menjadi bos saya sekarang. saya mula tidak berapa gemar nak berurusan dengan beliau. kenapa ye? mungkin saya tidak berapa gemar dengan caranya. tapi beliau ok je. mungkin saya ni terlalu mengharapkan bos yang sempurna. hohohoho. xnak la cite pasal keje dh. bosan.


cumil kan gmbo ni? gambo ni di kirim melalui mms oleh incih hati saya. sudah pun saya updatekan di pesbuk sbgai profile pic. simbolik kpd masa depan kami. hohohohoh.

sekian, smpai sini je lah. mata sgt mengantok. baju x iron lg. hadoihhhhhhhhhh~
Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..