Friday, October 5, 2012

D.I.A.M

Assalamualaikum pembuka bicara..:)

Lama sungguh saya x mengupdate blog saya ni. Terasa rindu kerana sudah lama tidak dapat meluahkan apa yang tersirat di hati dan fikiran selama beberapa bulan ni. ibarat merindukan sahabat karib yg sentiasa menunggu kepulangan saya untuk bersua dan mendengar semua masalah saya dengan teliti dan setia tanpa menyampuk walau sepatah kata. Blog saya ni ibaratnya ketika saya meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dan fikiran, "dia" hanya mendengar dan tersenyum tenang sahaja. Ah.. Alangkah baiknya jika saya mempunyai sahabat seperti itu secara realiti..:)

Ada sahabat memberitahu saya begini,
"anda tidak akan tahu bila saya akan bernikah.Dan anda juga tidak akan tahu tentang kehidupan saya sehingga ke anak cucu."
Tanya saya,
"kenapa?"
Jawabnya,
"kerna nanti anda akan mnyebarkan cerita yang tidak2 tentang hidup saya."

Bagai tertusuk tepat ke jantung saya ayatnya itu. Terasa seperti berhenti sekejap degupan jantung ini. Walau sudah lama ayat ini diungkapkan, tetapi ayat ini sering membuat saya termenung panjang sendirian. Dan tadi, ketika perjalanan balik ke kampung, saya mengambil kesempatan itu untuk terus termenung sambil otak saya berputar ligat, bermuhasabah diri memikirkan balik kesalahan-kesalahan saya seperti apa yg dikatakan.

Bila difikir2kan balik, memang saya mempunyai tabiat buruk begitu. Niat saya sebenarnya, bukan mahu memburukkan orang, apatah lagi mahu memecahbelahkan orang. Tetapi, itulah manusia. Bila sudah duduk berkumpul beramai2, pasti ini yang terjadi :)
Saya akui, memang selalu saya bersikap begini tanpa sedar. Dan akhirnya, saya telah disedarkan oleh seorang sahabat. Mungkin sahabat saya itu terlalu marah sehingga terkeluar ayat yang mnyedarkan saya itu. Ada pepatah mengatakan, "Musuh adalah sahabat terbaik buat kita". Saya tidak menganggap sahabat saya ini musuh. Tetapi bila amarah tidak dapat dikawal, kawan boleh menjadi lawan. Dan ketika marah, kita tidak akan kisah akan hati org lain, yang penting hati kita puas. Itulah namanya perasaan musuh. Cuma bezanya musuh sgt keras hati untuk meminta maaf, tetapi tidak bagi yang bernama sahabat. :)

Saya juga suka melihat perangai orang sekeliling sambil bermuhasabah diri. Ada yang makin banyak cakapnya, makin banyaklah dia berbohong. Ada juga yang makin banyak cakapnya, makin banyaklah keaiban yang dijaja. Ada juga yang makin banyak cakapnya, makin banyaklah fitnah yang ditaburnya. Bila melihat semua ini terjadi, saya terfikir, mungkin ini lah hikmahnya Allah SWT jadikan seorang manusia yang pendiam.

Saya memang pendiam orangnya. Tapi, bila sesekali saya menyindir, pedas dan tajam bunyinya. Kadang2 bukan niat untuk menyindir, hanya sekadar bergurau. Tp selalunya gurauan itu dianggap sindiran. Itulah keburukan org pendiam :)
Lalu, saya terfikir untuk menjadi lebih pendiam dari sebelum ini.
Mampukah saya??
Kita tunggu episodnya selepas ini~

Hahahahahahahahahahahahaha!! (mud : bengong)


Jika ada benci dihati katakanlah padaku.. Relaku terima walau kutukan asalkan AQIDAH terjaga..

No comments:

Post a Comment